Monday, March 5, 2012

Zon Ulat Buku 6 Mac 2012

Tajuk Buku : ADA BAGUS BAGUSSS
Penulis : Dr HM Tuah Iskandar
Penerbit : Telaga Biru


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku KLfm hari ini tampil dengan dua buah buku baharu yang pasti mengujakan. Buku pertama, sebuah buku motivasi terbaharu buah tangan pakar motivasi tersohor negara, Dr HM Tuah Iskandar Al Haj, menulis tentang motivasi diri, kehidupan, kekeluargaan, keibubapaan, cinta dan sebagainya.

Ditulis dengan menggunakan bahasa santai, buku ADA BAGUS BAGUSS terbitan Telaga Biru ini mengupas beberapa tajuk menarik antaranya, Hati Kecil, Hati Besar, Jodoh O Jodoh, Buat Duit Biar Betul dan banyak lagi.

Ketahui selebihnya menerusi buku ADA BAGUS BAGUSS oleh Dr HM Tuah Iskandar Al Haj terbitan Telaga Biru ini.


Tajuk Buku : POST WEDDING PHOTOGRAPHY
Penerbit : PTS Net Media


Buku kedua bagi anda yang meminati bidang fotografi, POST WEDDING PHOTOGRAPHY terbitan PTS Net Media merupakan buku yang diterjemahkan khusus untuk anda mendalami bidang fotografi - perkahwinan.

Antara yang menarik, persiapan penggambaran, gaya fotografi post wedding, teknik penggambaran, membaiki kualiti foto dan sebagainya.

Tampil dengan saiz yang comel dan penuh dengan paparan imej yang menarik, buku POST WEDDING PHOTOGRAPHY ini pasti mengujakan.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 6 Mac 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment