Showing posts with label Okt2012. Show all posts
Showing posts with label Okt2012. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Zon Ulat Buku 23 Oktober 2012

Tajuk Buku : DESTINASI HAJI & UMRAH
Penulis : ABU HASSAN MORAD
Penerbit :PTS ISLAMIKA



Salam 1 Malaysia. Tiga buah buku bakal diketengahkan hari ini dalam Zon Ulat Buku KLfm. Buku pertama, DESTINASI HAJI & UMRAH oleh Abu Hassan Morad terbitan PTS Islamika.

Sebuah travelog haji bergambar, buku ini sangat bermanfaat untuk bakal-bakal haji yang ingin mengetahui lebih jelas meliputi persiapan, ibadah dan lokasi ziarah ke kota suci Makkah dan Madinah.


Semuanya menerusi buku DESTINASI HAJI & UMRAH oleh Abu Hassan Morad terbitan PTS Islamika.



Tajuk Buku : TRAGEDI CINDERELLA
Penulis : AMYLIN ASYIKIN
Penerbit : ALAF 21 - Grup Buku Karangkraf


Buku kedua, sebuah novel karya Amylin Asyikin, TRAGEDI CINDERELLA terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. Kejelitaan dan keanggunan Lisa sering dicemburui gadis-gadis di seluruh Niury Land. Dia hanyalah orang biasa dan tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil.

Cinta bagai langit dengan bumi. Namun sebenarnya Lisa punya misi sendiri. Kerana kasih yang kian mekar Lisa tidak sanggup mempersendakan perasaan Putera Airil lalu dia pergi jauh membawa diri. Hidup bagaikan gelap gelita. Putera Airil bangkit mencari Cinderellanya. Bermulalah sebuah tragedi yang tidak disangka-sangka.

Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Ketahui selebihnya menerusi novel TRAGEDI CINDERELLA karya Amylin Asyikin terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : DIARI PEDOMAN NUHA DAN ULFAH
Penulis : NOORJEHAN BAHARUDIN
Penerbit : TELAGA BIRU



Buku terakhir khusus untuk adik-adik, karya Noorjehan Baharudin bertajuk DIARI PEDOMAN NUHA DAN ULFAH terbitan Telaga Biru. Mengisahkan Nuha, seorang kanak-kanak bijak dan cerdas. Hidupnya bertanbah ceria setelah mendapat hadiah misteri pada hari jadinya. Apakah hadiah tersebut? Novel yang tampil dengan saiz comel ini lengkap dengan doa-doa harian untuk diamalkan.
 
Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 23 Oktober 2012 jam 12.30tgh.

Monday, October 8, 2012

Zon Ulat Buku 30 Oktober 2012

Tajuk Buku : SETELAH HATI DIMILIKI
Penulis : Rozita Abd Wahab
Penerbit : Alf 21 - Grup Buku Karangkraf



Salam 1 Malaysia. Zon Ulat buku menampilkan tiga lagi buku menarik, edisi khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, sepanjang bulan Oktober ini.

Buku pertama, sebuah novel karya Rozita Abd Wahab bertajuk SETELAH HATI DIMILIKI terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.  

Mengisahkan Auni yang menjadi galang ganti, tanpa rela terpaksa menggantikan Amni, menjadi suri buat Fikri. Demi maruah keluarga, dia meneruskan perkahwinan tanpa sekelumit rasa cinta. 

Masa berlalu, cinta bercambah terhadap lelaki yang tidak pernah dikasihinya sebelum ni. Namun segalanya musnah sebaik sahaja Fikri mengetahui rahsia yang dipendam sekian lama. Dia diceraikan tanpa sedikitpun rasa simpati.

Mampukah Auni memiliki kembali cintanya terhadap Fikri? Ketahui kesudahannya menerusi novel puitis SETELAH HATI DIMILIKI karya Rozita Abd Wahab terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku :
HIMPUNAN KISAH PELIK TAPI BENAR
Penulis : Dr Haji Zahazan Mohamed
Penerbit : Telaga Biru


Mungkin anda tidak pernah mengetahuinya, namun pelbagai kisah menarik menerusi HIMPUNAN KISAH PELIK TAPI BENAR tulisan Dr Hj Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru ini.

Antara yang menarik,  balasan mempermainkan sunnah, bulan terbelah, padah mempelajari sihir,, keadaan mayat sebelum dikuburkan dan sebagainya. Semuanya menerusi buku HIMPUNAN KISAH PELIK TAPI BENAR tulisan Dr Hj Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru ini.


Tajuk Buku : DAHSYATNYA SIHIR
Penulis : Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz

Penerbit : Inteam Publishing

DAHSYATNYA SIHIR itulah tajuk buku ketiga yang diketengahkan minggu ini, terbitan inteam publishing, oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Buku ini mendedahkan tentang perbuatan tukang sihir, jenis-jenis sihir, cara tukang sihir memanggil jin, perubatan selepas terkena sihir dan banyak lagi.

Ketahui juga benteng-benteng untuk menghalang daripada menjadi mangsa sihir. Banyak lagi menerusi buku DAHSYATNYA SIHIR oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz.
 


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 30 Oktober 2012 jam 12.30tgh.

Tuesday, October 2, 2012

Zon Ulat Buku 9 Oktober 2012

Tajuk Buku : PERMATA DI PINTU KAABAH
Penulis : Munir Ramli
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf



Salam 1 Malaysia. Istimewa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Oktober ini, Zon Ulat Buku KLfm bakal menampilkan tiga buah buku baharu untuk diketengahkan setiap minggu. 

Musim haji tiba lagi. Buku PERMATA DI PINTU KAABAH oleh Munir Ramli terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf pasti menjadi pilihan. Kenali bumi anbiya', Mesir yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dan ilmuan Islam seperti Yusuf Al-Qardawi, Muhammad Sayyid Thanthawi dan Al-Mundziri menerusi kembara mencari 'nilam' dan 'mutiara' Munir Ramli. Kota suci Mekah pula menjadi tempat berkumpulnya seluruh umat Islam. 

Hayati kehebatan travelog ke kota suci menerusi buah tangan terbaharu, Munir Ramli terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf, PERTMATA DI PINTU KAABAH.

Tajuk Buku : TENTANG CINTA
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi,
Penerbit : Telaga Biru



Buku kedua, TENTANG CINTA tulisan Pahrol Mohamad Juoi terbitan Telaga Biru. Isu cinta menjadi tarikan para remaja sejak berzaman. Cinta memberikan tafsiran dan persepsi yang pelbagai. Bagaimanakah cara sebenar bercinta? Cinta yang bagaimana pula dikatakan ada kelas? 

Buku ini terus mengupas pelbagai persoalan  dan isu remaja kontemporari. Ketahui selebihnya menerusi buku TENTANG CINTA oleh Pahrol Mohamad Juoi terbitan Telaga Biru.






Tajuk Buku : SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS
Penulis : Noorfadzillah Omar
Penerbit : PTS Litera



Buku ketiga, sebuah novel remaja terbitan PTS Litera, karya Noorfadzillah Omar bertajuk SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS.

Mengisahkan Aida, remaja berusia 16 tahun yang menyimpan angan-angan menjadi seorang novelis terkenal. Idolanya, Serina Sahlan sering membangkit impiannya. Semangatnya tidak pernah pudar meskipun idea yang dinantikan tak jua kunjung tiba. Bak kata idolanya, menulis biar ada semangat dan ketulusan dan tidak pernah menyerah kalah.


Adakah impiannya bakal menjadi kenyataan? Ketahui kisah selebihnya menerusi novel SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS karya Noorfadzillah Omar terbitan PTS Litera.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 9 Oktober 2012 jam 12.30tgh.

Wednesday, September 19, 2012

ZON ULAT BUKU KLFM 2 OKTOBER 2012

Tajuk Buku : DALAM DIAM ADA CINTA
Penulis : Ayuma Umairah
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku kembali lagi hari ini. Dua buah buku hebat untuk pilihan bahan bacaan anda diketengahkan lagi. Buku pertama, sebuah novel terbaharu karya Ayuma Umairah, DALAM DIAM ADA CINTA terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan Melissa yang cuba mengubah perwatakannya menjadi lebih baik seperti adik kembarnya. Bagaimanapun, sehebat mana pun persamaan wajah dan sifat mereka, Mellisa tetap Mellisa. Cinta Ikmal hanya pada Wirdayu, bukan Mellisa. Itulah kenyataannya.

Demi ibunya, Mellisa akur. Dia perlu berlakon menjadi teman wanita Hakimi untuk satu malam. Tanpa disangka, Hakimi yang disangkakan gay, dalam diam mencintainya. Antara Ikmal atau Hakimi, siapakah yang akhirnya bertakhta dihati?

Ketahui kesudahannya menerusi novel DALAM DIAM ADA CINTA oleh Ayuma Umairah terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : KOLEKSI CERITA ADAM KECIL
Penulis : Ashadi Zain, Fred Suriya dan Najla Azura
Penerbit :PTS One

Buku kedua, istimewa untuk pendengar cilik. Buku KOLEKSI CERITA ADAM KECIL oleh Ashadi Zain, Fred Suriya dan Najla Azura terbitan PTS One.

Mengandungi lima kisah menarik antaranya jam bercahaya dalam gelap, durian bercoklat, hadiah cikgu murni dan hamster. Tampil dengan kisah menarik, bersekali dengan karikatur menarik pasti menambat hati.

Selebihnya menerusi KOLEKSI CERITA ADAM KECIL oleh Ashadi Zain, Fred Suriya dan Najla Azura terbitan PTS One.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 2 Oktober 2012, jam 12.30 tengah hari.