Showing posts with label Nov2011. Show all posts
Showing posts with label Nov2011. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Zon Ulat Buku 28 November 2011

Tajuk Buku : DOA & PENAWAR
Penulis : Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz & Pengarang Al Barakah
Penerbit : Inteam Publishing

Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku edisi 29 November hari ini mengetengahkan dua lagi buku baharu, istimewa sempena kedatangan tahun baharu hijrah. Setiap penyakit insyaallah ada penawarnya. Selain usaha menerusi perubatan moden, buku pertama hari ini, DOA & PENAWAR oleh Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz bersama sidang pengarang Al Barakah terbitan Inteam Publishing. Cara rawatan yang terdapat di dalam buku ini merupakan himpunan atau koleksi ilmu perubatan Islam yang dipetik menerusi Al-Quran, hadis sahih oleh pakar perubatan Islam moden dan terdahulu.

Buku yang tampil dengan saiz kompak dan mudah dibawa ini mengetengahkan pelbagai teknik rawatan menarik seperti berubat menggunakan inai, habbatus sauda, madu lebah dan celak serta 23 doa untuk dipraktikkan anaranya doa memulihkan penglihatan, untuk mendapat anak, untuk anak mendengar cakap, doa memohon pemeliharaan dari gangguan syaitan dan banyak lagi. Juga ketahui mengenai Bismillah lima, ubat demam yang tiada kebah, sebab-sebab doa tidak diterima Allah dan banyak lagi.

Ketahui dan amalkan ilmu berguna yang bakal anda peroleh menerusi buku DOA & PENAWAR oleh Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz bersama sidang pengarang Al Barakah terbitan Inteam Publishing ini.

Tajuk Buku : SOALAN BOCOR DARI KUBUR
Penulis : Prof Madya Rasid Muhamad
Penerbit : Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua bakal memberikan dimensi berbeza, menghayati erti kematian. Sesuai dengan erti sebuah penghijrahan ke rah yang lebih baik, buku SOALAN BOCOR DARI KUBUR oleh Prof. Madya Rasid Muhamad terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Kematian telah direncanakan, namun tiada seorang pun mengetahui bila dan di mana ajal akan berakhir.Tika sampai masanya, tidak sesaat pun terlewat. Lisan tidak perlu berbicara, hanya amalan penentu di sana. Buku ini bakal mengupas setiap persoalan yang akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti. Meniti saat kematian, jenazah dikebumikan, talkin dibacakan dan mengingatkan kita hakikat sebuah kematian . Di dalamnya jugalah terselit soalan bocor berkaitan Allah, kenabian, Islam, kiblat, Al-Quran dan persaudaraan.

Ketahui pelbagai pengisian menarik menerusi buku ini antaranya mengenai soalan-soalan yang bakal ditanyakan di alam kubur, bekalan untuk akhirat yang selamat, amalan berterusan setelah kematian, detik sakaratulmaut dan impian Husnul Khatimah.

Semuanya menerusi buku buku SOALAN BOCOR DARI KUBUR oleh Prof. Madya Rasid Muhamad terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.. Salam Maal Hijrah"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 29 November 2011 jam 12.30tgh.

Monday, November 21, 2011

Zon Ulat Buku 22 November 2011

TAJUK BUKU: AKUKAH SNOW WHITE ITU
PENULIS : LILY HASLINA NASIR
PENERBIT: PTS ONE

Salam 1 Malaysia. Kembali bersua dalam Zon Ulat Buku, khusus bagi anda yang suka membaca. Dua buah buku baharu diketengahkan lagi dalam ruangan ini. Buku pertama, AKUKAH SNOW WHITE ITU? buah tangan terbaharu Lily Haslina Nasir terbitan PTS One.

Mengisahkan Lisa yang gemar menyimpan angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih menarik.

Namun Lisa masih dibuli kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. Sikap Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White.

Benarkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini?Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa? Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju! Apakah kesudahan kisah Lisa? Mampukah impiannya menjadi kenyataan? Ikuti kesudahannya menerusi novel AKUKAH SNOW WHITE ITU? karya Lily Haslina Nasir terbitan PTS One.

TAJUK BUKU: 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH
PENULIS : MUHD NASRUDDIN DASUKI
PENERBIT: KARYA BESTARI

Buku kedua cukup bermakna. 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH tulisan Muhd Nasruddin Dasuki terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Kehidupan sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakalanya, apa yang diharapkan tidak menjadi sebaliknya apa yang tidak pernah diminta kita perolehi. Buku ini bakal mengusik jiwa dan sanubari andai setiap inci pesanan Rasulullah dijadikan pedoman dalam kehidupan, malah kayu ukur amalan harian harian kita. Antara yang menarik, Berdoalah Selagi Belum Dimakbul, Buruk Sangka Tanda Hati Rosak, Pemfitnah Akan Muflis di Akhirat dan banyak lagi.

Ketahui, pelajari dan hayatinya menerusi buku 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH tulisan Muhd Nasruddin Dasuki terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 22 November 2011 jam 12.30tgh.

Sunday, November 13, 2011

Zon Ulat Buku 14 November 2011

TAJUK BUKU : KETUK-KETUK SHEILA RUSLY 2011
PENULIS : Sheila Rusly
PENERBIT : Buku Prima

Salam 1 Malaysia. Kembali bersua dalam Zon Ulat Buku KLfm edisi 15 November 2011. Dua buah buku baharu ketengahkan lagi minggu ini. Buku pertama, khusus untuk anda yang suka memasak. KETUK-KETUK SHEILA 2011 terbitan Buku Prima, mengetengahkan 60 resipi hebat, termasuklah resipi selebriti yang anda harus cuba. Antara menu menarik termasuklah Ikan Masak Citrus Pudina, Ayam Rose Tok Kek, Stew Ayam, Spageti Kala Jengking dan banyak lagi.

Tampil berwarna-warni dengan imej selebriti yang menyajikan juadah istimewa, pelajari selebihnya menerusi Ketuk-Ketuk Sheila Rusly 2011, terbitan Buku Prima.


TAJUK BUKU : FIKAH PERUBATAN
PENULIS : Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Shamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhamad dan Wan Nor Ainon Wan Abdulah
PENERBIT : PTS Millenia

Buku kedua, FIKAH PERUBATAN tulisan Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr. Rosediani Muhamad, Wan Nor Ainon Wan Abdullah terbitan PTS Millenia. Setiap penyakit ada ubatnya. Buku ini menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam. Bukan sahaja melihat pada hukum-hukumnya, malahan teras akidah dalam perubatan dan aturannya. Ketahui mengenai sejarah perubatan Islam, asas fikah perubatan, pelaksanaan ibadah ketika sakit, dan sebagainya.

Buku yang banyak memberikan dimensi positif menghadapi penyakit tanpa meninggalkan tuntutan agama. Ketahui selebihnya menerusi buku FIKAH PERUBATAN tulisan Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhamad dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah terbitan PTS Millenia.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 15 November 2011 jam 12.30tgh.

Monday, October 31, 2011

Zon Ulat Buku 1 November 2011


JUDUL: FANTASI PIP
PENULIS: Suraya Md Nasir
PENERBIT: Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Sempena Festival Buku Kanak-Kanak yang sedang berlangsung hingga esok di Perpustakaan Kuala Lumpur, Zon Ulat Buku hari ini mengetengahkan dua buah buku menarik khusus untuk adik-adik.

Buku pertama, FANTASI PIP tulisan Suraya Md Nasir terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan Johanna, seorang budak perempuan yang sangat sukakan pari-pari sejak kecil. Namun setelah dia membesar, Johanna menjadi seorang tomboi serta mempunyai masalah pembelajaran di sekolah. Sehinggalah dia terlihat iklan patung pari-pari, sebuah alat bantu belajar di kaca televisyen. Harapan ibu dan Johanna untuk mengatasi masalah di sekolah menjadi angan-angan dengan kedatangan patung pari-pari yang rosak bernama Pip! Pip bercakap, makan, minum dan berfungsi seperti manusia! Bagaimanakah kehidupan Johanna dengan kedatangan Pip? Ikuti kisah mereka dalam Fantasi Pip, Kisah Si Patung Pari-pari oleh Suraya Md Nasir terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.


JUDUL : 31 KISAH NABI
PENULIS : Wan Nor Ainon
PENERBIT : PTS Islamika

Buku kedua, 31 KISAH NABI karya Wan Nor Ainon terbitan PTS Islamika. Membawakan 31 kisah menarik dan bagus untuk menyemai rasa kasih kepada para nabi. Antara tajuk menarik termasuklah Ibrahim yang kalis api, lelaki paling tampan, Raja yang tidak mudah marah dan banyak lagi.

Sesuai dijadikan bahan bacaan waktu senggang, juga menjadi bingkisan hadiah untuk sikecil tersayang. Selebihnya, menerusi 31 KISAH NABI karya Wan Nor Ainon terbitan PTS Islamika.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 1 November 2011 jam 12.30tgh.