Monday, October 31, 2011

Zon Ulat Buku 1 November 2011


JUDUL: FANTASI PIP
PENULIS: Suraya Md Nasir
PENERBIT: Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Sempena Festival Buku Kanak-Kanak yang sedang berlangsung hingga esok di Perpustakaan Kuala Lumpur, Zon Ulat Buku hari ini mengetengahkan dua buah buku menarik khusus untuk adik-adik.

Buku pertama, FANTASI PIP tulisan Suraya Md Nasir terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan Johanna, seorang budak perempuan yang sangat sukakan pari-pari sejak kecil. Namun setelah dia membesar, Johanna menjadi seorang tomboi serta mempunyai masalah pembelajaran di sekolah. Sehinggalah dia terlihat iklan patung pari-pari, sebuah alat bantu belajar di kaca televisyen. Harapan ibu dan Johanna untuk mengatasi masalah di sekolah menjadi angan-angan dengan kedatangan patung pari-pari yang rosak bernama Pip! Pip bercakap, makan, minum dan berfungsi seperti manusia! Bagaimanakah kehidupan Johanna dengan kedatangan Pip? Ikuti kisah mereka dalam Fantasi Pip, Kisah Si Patung Pari-pari oleh Suraya Md Nasir terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.


JUDUL : 31 KISAH NABI
PENULIS : Wan Nor Ainon
PENERBIT : PTS Islamika

Buku kedua, 31 KISAH NABI karya Wan Nor Ainon terbitan PTS Islamika. Membawakan 31 kisah menarik dan bagus untuk menyemai rasa kasih kepada para nabi. Antara tajuk menarik termasuklah Ibrahim yang kalis api, lelaki paling tampan, Raja yang tidak mudah marah dan banyak lagi.

Sesuai dijadikan bahan bacaan waktu senggang, juga menjadi bingkisan hadiah untuk sikecil tersayang. Selebihnya, menerusi 31 KISAH NABI karya Wan Nor Ainon terbitan PTS Islamika.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 1 November 2011 jam 12.30tgh.



No comments:

Post a Comment