Showing posts with label Jan2010. Show all posts
Showing posts with label Jan2010. Show all posts

Monday, January 18, 2010

PREBIU BUKU 25 JANUARI 2010

TAJUK BUKU : BIARKAN IA PERGI
PENULIS : Liza Nur
PENERBIT : Buku Prima
MUKASURAT : 588



Kembali dalam prebiu buku minggu ini. Pastinya, dua buah buku terbaharu di pasaran disajikan untuk anda. Buku pertama, merupakan sebuah novel yang mampu membuatkan airmata anda berderai. Novel bertajuk Biarkan Ia Pergi, karya terbaharu Liza Nur terbitan Buku Prima.

Dia pernah memiliki segalanya, kasih sayang keluarga, harapan, masa depan dan kebahagiaan.. namun segalanya terkubur kini jauh di dalam perut bumi. Alissa Othman antara gadis yang pernah bertuah dicintai Izani, lelaki yang juga sangat dicintai Fara Zaliqa Adisyah. Namun dendam Zaquan pada Elina Maisara yang mempermainkan cinta abangnya, Aidil Aqasya membawa malapetaka yang tak diduga kepada Alissa yang tidak bersalah.

Hidupnya disisih keluarga.. segalanya harus bermula semula, namun dia tidak mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita. Ketahui kesudahan kisah tragis Alissa menerusi novel Biarkan Ia Pergi, karya Liza Nur terbitan Buku Prima.


TAJUK BUKU : 101 IDEA BISNES HOME BASED
PENULIS : Junaidah Hamdan
PENERBIT : PTS Profesional
MUKASURAT : 310



Buku kedua minggu ini cukup menarik bagi mereka yang baru bercadang untuk mendapat pendapatan menerusi perniagaan dari rumah. Buku 101 Idea Bisnes Home - Based, oleh Junaidah Hamdan terbitan PTS Profesional ini mengungkap sebanyak 101 idea untuk memulakan perniagaan dari rumah. Buku ini cukup lengkap dengan segalan info termasuklah langkah memulakan perniagaan, taktik meletakkan harga, strategi pemasaran dan pengiklanan, latihan dan kemahiran yang diperlukan serta tips kejayaan. Bagi anda yang masih lagi berfikir jenis perniagaan apa yang anda boleh jalankan buku ini pasti memberi inspirasi untuk anda. Buku tulisan usahawan yang telah melibatkan diri selama 10 tahun dalam bisnes dari rumah ini pastinya mampu membantu anda menjana pendapatan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kedua-dua buku ini, sertai sekarang menerusi lamab blog Prebiu Buku di prebiubukuklfm.blogspot.com dan masukkan kata laluan. SERTAI SEKARANG (Klik). Pemenang bertuah akan dihubungi oleh Penerbit.

Jangan lupa nantikan Edisi Khas Prebiu Buku @ KLfm sepanjang Feruari nanti. Prebiu Buku@KLfm akan ke udara tiga hari seminggu iaitu setiap Isnin hingga Rabu dan menangi tiga buah buku terbaharu daripada tiga penerbitan ternama. AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU!!!

*** Dengarkan Prebiu Buku @ KLfm setiap Isnin jam 12.30 tengah hari untuk mendapatkan kata laluan bagi menyertai Kuiz Prebiu Buku.




Wednesday, January 13, 2010

Prebiu Buku 18 Januari 2010

TAJUK BUKU : KEPIMPINAN DAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
PENULIS : Abdul Ghani Ahmad
PENERBIT : PTS Professional
MUKA SURAT : 234



Terima kasih untuk anda yang terus setiap menantikan Prebiu Buku@ KLfm saban minggu. Buku pertama minggu ini, merupakan buah tangah khusus untuk para guru dan pengurusan sekolah. Sekolah bukan sahaja diharap menjadi institusi yang berfungsi membina tamadun dan melahirkan cendikiawan dengan acuan Malaysia sebagai kesan kepimpinan sekolah yang ditunjangi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Justeru penambahbaikan dari semasa ke semasa sangat relevan. Bagaimanapun, beberapa perkara penting perlu diberikan perhatian oleh para guru khususnya dan pihak pengurusan sekolah amnya. Segalanya bakal dibincangkan menerusi buku pertama minggu ini, Kepimpinan dan Penambahbaikan Sekolah oleh Dr Abdul Ghani Abdullah, terbiitan PTS Profesional.

Antara menarik, bagaimana mendiagnosis perubahan penambahbaikan sekolah, Membuat keputusan dan penambahbaikan Pengajaran Pembelajaran selain pembangunan teori kajia n penambahbaikan sekolah.


TAJUK BUKU : INDAH DI MATA
PENULIS : Patonah Chai Choh
TERBITAN : Alaf21
MUKA SURAT : 256




Ramai yang inginkan kecantikan namun masih mencari-cari cara sebenar membelai diri. Anda bakal mengetahui pelbagai tips dan info berguna menerusi buku bertajuk Indah Di Mata, susunan Patonah Chaoi Choh terbitan Alaf21 ini.

Buku ini mengandungi dua segmen iaitu segala tips kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki, selain amalan yang perlu dipraktikkan untuk kelihatan cantik menerusi segmen pertama.

Manakala segmen kedua bakal membincangkan pelbagai jenis penyakit seperti migrain, mata juling, meningtis bakteria, selain punca, simptom, cara pencegahan dan jenis rawatan yang diperlukan.

Penjelasan yang ringkas dan mudah difahami pastinya membuatkan anda terpikat untuk terus membaca dan mengaplikasikan apa yang dibaca.

Untuk anda mendapatkan kedua-dua buku ini, sertai sekarang menerusi laman blog prebiu buku. Layari prebiubukuklfm.blogspot.com sekarang dan masukkan kata laluan yang diberikan. Para pemenang akan dihubungi oleh penerbit. SERTAI SEKARANG!!! (Klik)

** Dengarkan Prebiu Buku @ KLfm setiap isnin jam 12.30 tengah hari di Radio Malaysia KLfm untuk mendengarkan kata laluan untuk menyertai kuiz ini.