Showing posts with label Dis2012. Show all posts
Showing posts with label Dis2012. Show all posts

Monday, December 10, 2012

ZON ULAT BUKU 25 DIS 2012

Tajuk Buku :OH MAMA TIRIKU
Penulis : HERNA DIANA
Penerbit :ALAF21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Buku pertama yang diketengahkan menerusi Zon Ulat Buku hari ini, OH MAMA TIRIKU karya Herna Diana terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Patah tumbuh hilang berganti, namun tidak mungkinkan sama dengan yang telah tiada. Begitulah kisahnya dengan Dr Razif. Kehilangan Suhaila sejak 4 tahun lalu masih belum berganti. Sukar untuknya mencari isteri sebaik Suhaila.

Hatinya tidak berkenan dengan Zulaikha, gadis yang diperkenalkan oleh Iman kepadanya. Meskipun cantik paras rupa dan kaya budi bahasa, itu masih belum mampu menambat hati Dr Razif.

Lain pula kisahnya bila Ekin muncul. Hidupnya tambah huru-hara apabila Ekin terpaksa menjaga anak-anak Dr Razif iaitu Rayyan dan Ain. Apakah kesudahannya. Masihkah Ekin menjadi taruhan atau terpaksa memilih Zulaikha menjadi permaisuri hati? Semuanya menerusi novel OH MAMA TIRIKU karya Herna Diana terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku :MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS
Penulis : JOHN GRAY
Penerbit :PTS PROFESIONAL




Buku kedua, MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS tulisan John Gray, terbitan PTS Profesional. Buku edisi bahasa Melayu ini tampil sebagai panduan bagi memperbaiki komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Menerusi buku ini juga, penulis Dr John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara kedua-dua gender ini sering menjadi punca tidak bahagia selain memberikan panduan bagaimana untuk mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keeprluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman.

Ketahui selebihnya menerusi buku MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS tulisan John Gray, terbitan PTS Profesional.


 Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas sekarang dan berikan kata laluan untuk anda memenangi buku-buku yang diketengahkan minggu ini. 



"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 25 Disember 2012 jam 12.30tgh.   

Tuesday, October 23, 2012

ZON ULAT BUKU 4 DISEMBER 2012

Tajuk Buku : RASA PALING INDAH
Penulis : DURRAH FATIHA
Penerbit :ALAF 21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Salam 1 Malaysia. Terima kasih di atas sokongan anda, menantikan ruangan ini Zon Ulat Buku KLfm saban minggu.

Buku pertama, sebuah novel bertajuk RASA PALING INDAH, karya Durrah Fatiha terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf. 

Amani tiba-tiba menjadi rebutan dua jejaka. Isyraf dan Thaqif. Salah seorang daripadanya memang telah kian lama didambakan Amani, berbanding seorang lagi yang hanya suka mengundang rasa menyampah. Masing-masing cuba mempromosikan diri kepada orang tua Amani. 

Kedua-duanya menghantar rombongan meminang selang sehari. Siapakah pilihan hati Amani? Ketahui kesudahannya menerusi novel RASA PALING INDAH, karya Durrah Fatiha terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku :  150 TIP SAYANGI IBU
Penulis : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Penerbit :TELAGA BIRU



Buku kedua, 150 TIP SAYANGI IBU oleh Ustaz Adnan FadziL terbitan Telaga Biru. Seorang ibu boleh menjaga anaknya yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu seorang ibunya.

Buku ini menjadi panduan melebarkan sayap kebaikan yang mengandungi tip-tip menarik, selain illustrasi yang humor. 

Antara menarik, jadilah tongkat kepada ibumu, dkasihi orang yang dikasihinya dan pohonlah redha dan doa ibumu. 

Selebihnya menerusi buku 150 TIP SAYANGI IBU oleh Ustaz Adnan Fadzil terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.