Tajuk Buku : PANGGIL AKU KIAH
Penulis : Liza Nur
Penerbit : Buku Prima-Grup Buku Karangkraf
Penulis : Liza Nur
Penerbit : Buku Prima-Grup Buku Karangkraf

Buku pertama, sebuah novel karya Liza Nur terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf bertajuk PANGGIL AKU KIAH. Cinta cukup sinonim menjadikan darjat sebagai resipi wajib.
Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.
Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.
Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya? Ketahui kesudahannya menerusi PANGGIL AKU KIAH karya Liza Nur terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : KOLEKSI NAMA ANAK TERINDAH
Penulis : Marzuki Mohd Noor
Penerbit : PTS Islamika
Penulis : Marzuki Mohd Noor
Penerbit : PTS Islamika

Memberi nama yang baik kepada anak-anak adalah langkah awal membentuk peribadi mereka. Justeru, buku ini menghimpunkan ratusan nama-nama yang memberikan maksud yang baik, selain gabungan nama-nama indah untuk dipilih.
Semuanya menerusi buku KOLEKSI NAMA ANAK TERINDAH oleh Marzuki Mohd Noor terbitan PTS Islamika.
Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 27 Mac 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment