Monday, February 20, 2012

Zon Ulat Buku 21 Februari 2012

Tajuk Buku : DIARI CINTAKU
Penulis : Eina Afrina
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Buku pertama hari ini, sebuah novel tulisan Eina Afrina bertajuk DIARI CINTAKU terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan pengorbanan seorang anak yang terpaksa menerima Shahril sebagai suami. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam.

Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya kepada Shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Kebahagiaan hanya sekadar kepura-puraan. Masing-masing dengan ego, apatah lagi saat cinta jauh di hati. Apakah kesudahannya?

Ketahui kesudahannya menerusi novel DIARI CINTAKU karya Eina Afrina terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : BERBAHAGIALAH WAHAI WANITA
Penulis : Ustaz Kazim Bin Elias Al Hafiz dan Nordin Bin Jaafar
Penerbit : InTeam Publishing


Bagaimana menjadi wanita yang bahagia? Ketahuinya menerusi buku kedua minggu ini, BERBAHAGIALAH WAHAI WANITA oleh Ustaz Kazim Bin Elias Al Hafiz dan Nordin Bin Jaafar terbitan Inteam Publishing. Buku ini terhasil dari siri ceramah beliau berkenaan isu-isu wanita. Antara yang menarik dibincangkan termasuklah aurat wanita, fitnah wanita, syurga untuk wanita tang mentaati suami.

Selebihnya menerusi buku BERBAHAGIALAH WAHAI WANITA oleh Ustaz Kazim Bin Elias Al Hafiz dan Nordin Bin Jaafar terbitan Inteam Publishing.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 21 Februari 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment