JUDUL: TAFSIR AYAT AHKAM
PENULIS: Zulkifli Mohd Yusof
PENERBIT: PTS Darul Furqan
PENULIS: Zulkifli Mohd Yusof
PENERBIT: PTS Darul Furqan

Al-Quran, kitab suci yang diturunkan penuh dengan panduan dan petunjuk ke jalan yang benar. Lengkap dengan hukum hakam yang terkandung disebalik ayat penuh pengertian buat pedoman hidup selain teman ketenangan di atas landasan sebenarnya.
Buku pertama, TAFSIR AYAT AHKAM oleh Zulkifli Mohd Yusof terbitan PTS Darul Furqan ini, menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat.
Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.
Ketahui selebihnya menerusi buku yang harus dimiliki, TAFSIR AYAT AHKAM - Huraian Hukum Hakam Dalam Al-Quran oleh Zulkifli Mohd Yusof terbitan PTS Darul Furqan.
Ketahui selebihnya menerusi buku yang harus dimiliki, TAFSIR AYAT AHKAM - Huraian Hukum Hakam Dalam Al-Quran oleh Zulkifli Mohd Yusof terbitan PTS Darul Furqan.
JUDUL: SAYANGKU MERAJUK
PENULIS: Ayu Imelda
PENERBIT: Alaf 21
PENULIS: Ayu Imelda
PENERBIT: Alaf 21

Buku kedua, novel terbaharu buah tangan Ayu Emelda, SAYANGKU MERAJUK terbitan Alaf 21. Bulan madu Aireen hanya bertahan seketika. Ijab dan kabul hanya termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?
Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin salju. Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti! Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana.
Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah. Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya? Ketahui kesudahan kisah penuh drama menerusi novel puitis SAYANGKU MERAJUK karya Ayu Imelda terbitan Alaf 21.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"
- Disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 26 Julai jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment