Sunday, June 5, 2011

Prebiu Buku 7 Jun 2011

Tajuk: AKU YANG MENANTI

Penulis: Haiza Najwa

Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf

Salam 1 Malaysia. Dua buah buku baharu lagi diketengahkan. Buku Pertama, Aku Yang menanti karya Haiza Najwa terbitan Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan tentang Zaidura yang sanggup menukar namanya menjadi Zeidra semata-mata untuk membalas dendam dan misi kesumatnya pada suaminya Adiwira. Dek kerana hanyut dibuai oleh ungkapan janji seorang Adam yang bergelar seorang suami, dia sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan suaminya sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di Lapangan Terbang Dublin.

Zeidra menggelar peristiwa yang menimpanya sebagai ‘ malam berdarah ’ dan memasang tekad untuk membalas dendam terhadap suaminya yang telah ghaib tanpa berita sejak berlakunya peristiwa itu.

Demi misi kesumatnya Zeidra kembali ke Kuala Lumpur untuk menjejaki Adiwira. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra menyatakan bahawa dia sangat menderita sejak ditinggalkan isterinya. Zeidra dapat merasakan seksaan yang ditanggung Adiwira da nada sinar kejujuran pada Adiwira. Sesungguhnya betapa hebatnya kuasa cinta itu kerana mampu mengubah dendam dan kebencian menjadi cinta. Adakah Zeidra akan meneruskan misinya untuk membalas dendam terhadap suaminya sendiri? Ikuti kesudahannya melalui novel Aku Yang Menanti karya Haiza Najwa terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd.


Tajuk: TUAN BERTANYA, DR.DANIAL MENJAWAB MENGENAI PERSOALAN ISLAM YANG

KONTEMPORARI.

Penulis: Dr.Danial Zainal Abidin

Penerbit: PTS Millenia

Isu penghinaan Barat terhadap Islam begitu hangat dibicarakan baru-baru ini. Isu ini sudah hampir reda, namun ini tidak bermakna masalahnya telah selesai. Lantaran itu, ilmu yang mantap bukan sahaja mampu menangkis serangan, tetapi juga boleh menjadi peluru bagi menyerang minda musuh sehingga akhirnya mereka kagum dengan Islam. Buku Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari, karya Dr. Danial Zainal Abidin ini ini mengupas tentang isu-isu berkaitan prinsip Islam dan persoalan berkaitan fikah, secara cabang lagi ranting walaupun tidak difokuskan secara khusus di dalam buku ini.

Antara topik yang difokuskan adalah yang berkaitan dengan kesucian al-Quran, kebenaran hadis, keperibadian Nabi Muhammad, penindasan ke atas wanita Islam, kemunduran ajaran Islam, keganasan dan yang seumpamanya. Buku ini sangat berguna untuk dibaca kerana kemantapan ilmu adalah perisai yang terbaik bagi menangkis serangan musuh ini. Ia perlu dibaca dan dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui jawapan kepada persoalan yang dihadapkan oleh musuh-musuh Islam pada hari ini.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggi pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Disediakan oleh pelatih UMS, Baizura dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 7 Jun jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment