Tajuk: VALENTINA NERVOSA
Penulis: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima ( Grupbuku Karangkraf )
Buku pertama minggu ini, VALENTINA NERVOSA karya Nurul Syahida terbitan Grup Buku Karangkraf. Sesebuah perhubungan itu seperti permainan jigsaw puzzle, dalam banyak-banyak kepingan yang perlu dicari, kita perlu melihat gambar di kotak dahulu untuk faham kepingan mana yang patut dicari untuk melengkapkan jigsaw puzzle itu. Itulah interpretasi sesebuah perhubungan bagi Mariyyah. Dia seringkali kecewa dan fobia menjelang hari Valentine selama tiga tahun kerana pada hari itulah dia ditinggalkan Najmudin(kekasihnya selama 7 tahun) tanpa alasan yang logik. Selama tiga tahun itulah dia akan menangisi perpisahannya dengan Najmudin. Fobianya makin menjadi menjelang hari Valentine sehinggalah dia bertemu Amer yang seolah-olah dapat membuatnya merasa bahagia setelah sekian lama dia dibayangi oleh Najmudin.
Mariyyah bukan saja terpaksa berdepan dengan fobianya sendiri, malah dia turut merasa tempiasnya apabila Faizah rakan serumahnya putus tunang. Disaat dia telah dapat melupakan Najmudin, dia terasa dikhianati oleh teman sebilik, Soraya. Disaat dia cuba menyampaikan rasa bahagia kepada Amer, dia baru mengetahui Amer bukanlah untuknya. Ketahui kesudahannya menerusi novel Valentina Nervosa karya Nurul Syahida.Tajuk: MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA
Penulis: Sulaiaman Al-Kumayi
Penerbit: PTS Millenia Sdn.Bhd
Buku kedua, MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA oleh Sulaiman Al-Kumayi terbitan PTS Millenia. Sebuah buku yang bernuansakan motivasi diri. Setiap Nama Allah yang indah diperjelaskan dengan hujah dan pandangan dari sumber yang pelbagai. Bukan sahaja daripada Al-Quran dan hadis ataupun kalam ulama' tetapi juga daripada sarjana barat. Asmaul Husna adalah nama-nama Allah yang mulia yang terkandung di dalam Al-Quran yang mana pada setiap nama itu mengandungi fadhilatnya yang tersendiri. Dengan membaca buku ini kita akan tahu dengan mendalam apa itu makna sebuah ujian. Bagaimana mendepaninya dan mengubahnya menjadi sisi yang positif serta dapat menginspirasikan sebuah kecemerlangan hidup yang sejati.
Selain itu, buku ini juga akan mengajar minda dan menyuluh hati kita akan matlamat hakiki kehidupan ini bukan di sini, di dunia ini tetapi di sana akhirat yang pasti. Wanita Super adalah wanita yang hebat yang menjadikan 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, lahir dan batin. Pelajari selebihnya menerusi buku ‘ Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna ’ karya Sulaiman Al-Kumayi agar kita semua akan sentiasa positif pada kehidupan dan menyemai benih kehidupan dengan amal taqwa agar mampu menuai hasilnya di akhirat sana dengan beroleh fardausi yang diimpi.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"
- Disediakan oleh pelatih UMS, Baizura dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 21Jun jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment