
Penulis : Eina Afrina
Terbitan : BUKU PRIMA - Grup Buku Karangkraf
Salam 1 Malaysia, kembali bersua dalam Prebiu Buku hari ini. Buku pertama, RESAH KASIH oleh Eina Afrina terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan Firda yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba mewah dan menyimpan perasaan terhadap seorang jejaka bernama Zarez yang bekerja di syarikat milik keluarganya. Konflik timbul apabila Firda mengetahui kakak kandungnya, Lisa mencintai lelaki yang sama iaitu Zarez. Hal ini membuatkan Firda berada dalam keadaan dilema. Namun sejauh manakah kisah percintaan dua beradik yang merumitkan ini dan siapakah yang menjadi pilihan hati Zarez? Ikuti kesudahannya menerusi buku RESAH KASIH oleh Eina Afrina terbitan Buku Prima – Grup Buku Karangkraf.
Penulis : Lily Haslina Nasir
Terbitan : PTS One

Buku kedua, AKUKAH CINDERELLA ITU oleh Lily Haslina Nasir terbitan PTS One Sdn Bhd. Mengisahkan Lisa seorang gadis biasa yang mempunyai angan-angan untuk menjadi Cinderella yang mempunyai pari-pari bagi membantunya tatkala kesusahan melanda dirinya. Namun begitu dia yakin segalanya adalah mustahil untuk dikecapinya kerana kuasa tuhan mengatasi segalanya. Kejujurannya tatkala bekerja sambilan telah memberikannya peluang bagi dirinya melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Malaysia. Pelbagai onak duri terpaksa diharungi Lisa lebih-lebih lagi apabila sering dibuli oleh seorang jejaka bernama Farid yang digelar Anak Raksasa. Mengapa Farid digelar anak raksasa dan mengapa Farid menggelarkan Lisa sebagai nenek kebayan? Ikuti kesudahannya menerusi AKUKAH CINDERELLA ITU oleh Lily Haslina Nasir terbitan PTS One Sdn Bhd.
Untuk memenangi buku-buku ini:
Prebiu Buku KLfm disediakan oleh Am dan diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 18 Januari 2011 jam 12.30 tengah hari
Bagi wargakota dijemput memeriahkan majlis pelancaran Novel 'Kubawa HatiIni' karya Elis Mokhtar - 22 Jan 2011, 10 pagi di MPH Midvalley.
No comments:
Post a Comment