Monday, January 10, 2011

Prebiu Buku 11 Januari 2010

Tajuk Buku : TERUJA CINTA MAORI DI WAINUIOMATA
Penulis : Mohd Fudzail Mohd Nor
Terbitan : OASIS BUKU - Grup Buku Karangkraf

Kembali dalam Prebiu Buku KLfm. Dua buah bukubaharu terbitan Oasis Buku - Grup Buku Karangkraf pula diketengahkan. Trilogi sebuah travelog Legasi Anak Felda Keratong- Siri pertama, TERUJA CINTA MAORI DI WAINUIOMATA oleh Mohd Fudzail Mohd Nor. Sebuah novel fiksyen mengisahkan pengalaman seorang anak felda yang menetap dengan sebuah keluarga angkat dan bersekoah di sebuah bandar kecil, Wainuiomata sekitar tahun 1983.

Lakaran pengalaman menetap dengan keluarga angkat yang berlainan agama memberikan kesempatan buat Ahmad mengenali budaya dan erti kehidupan sebenar.Meskipun kesukaran yang dialami pada peringkat awal lantaran penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya tidak sekali menjadi penghalang untuk Ahmad. Berkat kegigihannya segalanya mampu ditempuh dengan kesabaran. Kegagaannya dalam SPM tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berjaya di negara orang malah menjadi penguat semangatnya untu terus berdiri.

Sebuah novel yang bakal membuka minda anak-anak felda untuk mengecapi kenikmatan sebuah kejayaan.


Tajuk Buku : CINTA TIGA SEGI AOTEAROA
Penulis : Mohd Fudzail Mohd Nor
Terbitan : OASIS BUKU - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua ini merupakan siri ketiga Travelog Legasi Anak Felda Keratong, kesinambungan kepada novel Penggoda & Penggodam ROEWYO. CINTA TIGA SEGI AOTEAROA, mengisahkan perjalanan hidup Ahmad mengharungi sesi pembeajaran di universiti untuk tahun kedua .

Kecemerlangannya dalam membolehkan Ahmad menamatkan peringkat ijazah pertama dan peringkat ijazah lebih awal. Tidak mahu ketinggalan dengan perkembangan teknologi, Ahmad terus meneroka kejayaan lebih besar di rantau orang. Dalam diam, hatinya terpaut pada cinta yang penuh rintangan. Ikuti kesudahannya menerusi CINTA TIGA SEGI AOTEAROA oleh Mohd Fudzail Mohd Nor terbitan Oasis Buku - Grup Buku Karangkraf.


Untuk memenangi buku-buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 11 Januari 2011 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment