Monday, December 10, 2012

ZON ULAT BUKU 25 DIS 2012

Tajuk Buku :OH MAMA TIRIKU
Penulis : HERNA DIANA
Penerbit :ALAF21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Buku pertama yang diketengahkan menerusi Zon Ulat Buku hari ini, OH MAMA TIRIKU karya Herna Diana terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Patah tumbuh hilang berganti, namun tidak mungkinkan sama dengan yang telah tiada. Begitulah kisahnya dengan Dr Razif. Kehilangan Suhaila sejak 4 tahun lalu masih belum berganti. Sukar untuknya mencari isteri sebaik Suhaila.

Hatinya tidak berkenan dengan Zulaikha, gadis yang diperkenalkan oleh Iman kepadanya. Meskipun cantik paras rupa dan kaya budi bahasa, itu masih belum mampu menambat hati Dr Razif.

Lain pula kisahnya bila Ekin muncul. Hidupnya tambah huru-hara apabila Ekin terpaksa menjaga anak-anak Dr Razif iaitu Rayyan dan Ain. Apakah kesudahannya. Masihkah Ekin menjadi taruhan atau terpaksa memilih Zulaikha menjadi permaisuri hati? Semuanya menerusi novel OH MAMA TIRIKU karya Herna Diana terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku :MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS
Penulis : JOHN GRAY
Penerbit :PTS PROFESIONAL




Buku kedua, MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS tulisan John Gray, terbitan PTS Profesional. Buku edisi bahasa Melayu ini tampil sebagai panduan bagi memperbaiki komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Menerusi buku ini juga, penulis Dr John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara kedua-dua gender ini sering menjadi punca tidak bahagia selain memberikan panduan bagaimana untuk mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keeprluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman.

Ketahui selebihnya menerusi buku MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS tulisan John Gray, terbitan PTS Profesional.


 Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas sekarang dan berikan kata laluan untuk anda memenangi buku-buku yang diketengahkan minggu ini. 



"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 25 Disember 2012 jam 12.30tgh.   

ZON ULAT BUKU 18 DISEMBER 2012

Tajuk Buku :KENAPA AKU?
Penulis : NUROLL SHAZLINDA HAIRUL
Penerbit :BUKU PRIMA - GRUP BUKU KARANGKRAF





Salam 1 Malaysia. Terima kasih kerana menjadikan Zon Ulat Buku sebagai pilihan anda. Buku pertama yang diketengahkan minggu ini merupakan sebuah novel puitis dan bakal menyentuh emosi anda, KENAPA AKU, karya Nuroll Shazlinda Hairul terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan Nia Darlina yang bergelumang dengan dilema. Perkenalannya dengan tiga orang jejaka membuatkan hidupnya tidak tentu arah. Antara Zulhelmi, Azfar dan Shahrul. Namun kehadiran bapa tirinya, Haikkal dalam kelauga benar-benar mengundang resah. Haikkal merupakan kawan baik papanya, dan berkahwin setelah kematian Daniel Hakim. 

Tanpa diduga, Haikkal mengambil kesempatan ke atas Nia Darlina tanpa pengetahuan ibunya. Pada siapa harus dicurahkan segala rasa? Mampukah Nia Darlina mengharungi badai yang menimpa atau terpaksa berserah kepada takdirNYA? Ketahui kesudahan kisah ini menerusi novel KENAPA AKU, karya Nuroll Shazlinda Hairul terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK
Penulis : IMRAN ABDUL JABAR
Penerbit :PTS NET MILLENIA





Buku kedua cukup mengujakan bagi anda yang meminati seni fotografi. TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK oleh Imran Abdul Jabar terbitan PTS Net Media ini  tampil dengan 100% halaman berwarna. Ketahui 24 teknik suntingan foto langkah demi langkah yang pasti berguna untuk anda.

Selebihnya menerusi buku  TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK oleh Imran Abdul Jabar terbitan PTS Net Media.


 Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas sekarang dan berikan kata laluan untuk anda memenangi buku-buku yang diketengahkan minggu ini. 


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 18 Disember 2012 jam 12.30tgh. 

ZON ULAT BUKU 11 DISEMBER 2012

Tajuk Buku : RAHSIA JADI GENIUS
Penulis : CIKGU KAMIL 
Penerbit :ALAF 21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Salam 1 Malaysia. Dua lagi buku menarik ditengahkan menerusi Zon Ulat Buku hari ini. Buku pertama, khusus untuk adik-adik, selain panduan berguna untuk ibu bapa - RAHSIA JADI GENIUS DI SEKOLAH RENDAH tulisan Cikgu Kamil terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Buku hebat ini mampu membantu pelajar dalam memberikan kaedah-kaedah terbaik untuk berubah kepada seorang pelajar genius. Teknik yang diajar menerusi latihan-latihan yang disediakan akan emmudahkan pelajar mengingati fakta-fakta penting dalam pelajaran.

Tampil menarik dengan karikatur dan warna-warna menarik, selain teknik-teknik hebat, pasti cabaran untuk menjadi genius lebih mengujakan. Selebihnya menerusi buku  RAHSIA JADI GENIUS DI SEKOLAH RENDAH tulisan Cikgu Kamil terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : AKIDAH AKHIR ZAMAN
Penulis : MUHAMMAD ZUHAILI SAIMAN
Penerbit :TELAGA BIRU



Buku kedua, AKIDAH AKHIR ZAMAN tulisan Muhammad Zuhaili Saiman terbitan Telaga Biru mendalami erti akidah yang sebenarnya menurut Islam. Dalam erti kata lain, emmahami bahawa akidah itu memimpin manusia ke arah eprspektif lebih meluas.

Antara perbincangan menarik, masyarakat Islam dan jenayah murtad, dan kemurtadan fikrah. 

Banyak lagi ilmu untuk diselongkar menerusi buku AKIDAH AKHIR ZAMAN tulisan Muhammad Zuhaili Saiman terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas sekarang dan berikan kata laluan untuk anda memenangi buku-buku yang diketengahkan minggu ini. 

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 11 Disember 2012 jam 12.30tgh.      

Tuesday, October 23, 2012

ZON ULAT BUKU 4 DISEMBER 2012

Tajuk Buku : RASA PALING INDAH
Penulis : DURRAH FATIHA
Penerbit :ALAF 21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Salam 1 Malaysia. Terima kasih di atas sokongan anda, menantikan ruangan ini Zon Ulat Buku KLfm saban minggu.

Buku pertama, sebuah novel bertajuk RASA PALING INDAH, karya Durrah Fatiha terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf. 

Amani tiba-tiba menjadi rebutan dua jejaka. Isyraf dan Thaqif. Salah seorang daripadanya memang telah kian lama didambakan Amani, berbanding seorang lagi yang hanya suka mengundang rasa menyampah. Masing-masing cuba mempromosikan diri kepada orang tua Amani. 

Kedua-duanya menghantar rombongan meminang selang sehari. Siapakah pilihan hati Amani? Ketahui kesudahannya menerusi novel RASA PALING INDAH, karya Durrah Fatiha terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku :  150 TIP SAYANGI IBU
Penulis : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Penerbit :TELAGA BIRU



Buku kedua, 150 TIP SAYANGI IBU oleh Ustaz Adnan FadziL terbitan Telaga Biru. Seorang ibu boleh menjaga anaknya yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu seorang ibunya.

Buku ini menjadi panduan melebarkan sayap kebaikan yang mengandungi tip-tip menarik, selain illustrasi yang humor. 

Antara menarik, jadilah tongkat kepada ibumu, dkasihi orang yang dikasihinya dan pohonlah redha dan doa ibumu. 

Selebihnya menerusi buku 150 TIP SAYANGI IBU oleh Ustaz Adnan Fadzil terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini. 

ZON ULAT BUKU 27 NOVEMBER 2012

Tajuk Buku : KALA CINTA MENGGODA
Penulis : NOORFADZILLAH
Penerbit :BUKU PRIMA - GRUP BUKU KARANGKRAF


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat buku menampilkan sebuah novel hebat karya Noorfadzillah bertajuk KALA CINTA MENGGODA terbitan Buku Prima -Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan trio Siti. Siti Saleha atau Tiha, cukup pandai bergaya dan seksi. Pantang melihat lelaki 3K iaitu karier-kaya-kumis. Siti Nurbaya atau Tiya pula berperwatakan tomboi. Gadis yang tidak gemar mendekati lelaki tetapi tidak bermaksud dia anti-lelaki. 

Manakala Siti Raihana atau Tina pula, seorang yang sopan santun dan lemah gemalai tetapi kadangkala menggelabah tidak bertempat. Siapakah yang mampu menggoda hati untuk mendapatkan cinta tiga Siti ini? 

Ketahui kesudahannya menerusi novel KALA CINTA MENGGODA karya Norfadzillah terbitan Buku Prima -Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : UMMI KENAPA WAJIB TUTUP AURAT
Penulis : UMMU AMMAR
Penerbit :TELAGA BIRU



Buku kedua, karya Ummu Ammar bertajuk UMMI, KENAPA WAJIB TUTUP AURAT terbitan Telaga Biru, khusus untuk pembaca cilik. Mengisahkan Sumayyah, seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia gemar bertanya uminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham termasuklah mengenaui aurat. Apakah itu aurat? Kenapa wanita wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki?


Semuanya terjawab menerusi buku UMMI, KENAPA WAJIB TUTUP AURAT terbitan Telaga Biru tulisan Ummi Ammar.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini. 

ZON ULAT BUKU 20 NOVEMBER 2012

Tajuk Buku : 101 DOA MOHON MAKBUL
Penulis : DR HJ ZAHAZAN MOHAMED & NIK WAFDI NIK JAAFAR
Penerbit :TELAGA BIRU



Salam 1 Malaysia. Dua lagi buku baharu diketengahkan minggu ini. Buku pertama merupakan darapan daripada buku 101 doa daripada Hadis-Hadis Sahih. 

Buku bertajuk 101 DOA MOHON MAKBUL oleh Dr Haji Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar terbitan Telaga Biru tampil kompak dan dipersembahkan secara santai dan menarik dengan illustrasi kartun berwarna oleh Kartunis Nik.

Antaranya, doa ketika memasuki kampung atau bandar, doa apabila ketakutan ketika tidur, doa selamat dan doa mengelakkan lupa. Bukan sahaja mudah dibawa sebagai bacaan, ia secara langsung dapat mendekatkan pembaca dengan hadis. Semuanya menerusi buku 101 DOA MOHON MAKBUL oleh Dr Haji Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar terbitan Telaga Biru.

Tajuk Buku : HEBATNYA SUSU IBU
Penulis : RITA RAHAYU OMAR
Penerbit :ALAF 21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Buku kedua khusus untuk para ibu yang sedang menyusukan bayi atau bakal ibu. HEBATNYA SUSU IBU oleh Rita Rahayu Omar terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf. Tahukah anda, setitis susu ibu dikatakan mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Buku ini menjadi panduan lengkap penyusuan bayi sekaligus menjadi rujukan terbaik para ibu. Antara yang menarik, menyingkap misteri 'cecair' emas, pilihan pemakanan dan pemgambilan air yang betul, pengalaman menyusukan bayi pra matang serta soal jawab masalah penyusuan bayi.

Ketahui selebihnya menerusi buku HEBATNYA SUSU IBU oleh Rita Rahayu Omar terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 20 November 2012 jam 12.30tgh.   

ZON ULAT BUKU 6 NOVEMBER 2012

Tajuk Buku : LEGASI PEJUANG
Penulis : ARMAN JAZEE
Penerbit :ALAF 21


Salam 1 Malaysia. Masanya untuk Zon Ulat BUku KLfm. Buku pertama minggu ini, sebuah novelaksi karya Arman Jazee bertajuk LEGASI PEJUANG terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan Muaz yang bekerja sambilan sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur. Nasibnya berubah selepas tragedi rompakan bank yang mengorbankan kesemua perompak, kecuali ketua mereka. Muaz menjadi tebusan dan dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah.

Apakah yang terjadi kepada Muaz? Mengapa dia menjadi individu paling dikehendaki agensi perisikan antarabangsa? Ketahui kesudahan kisah Muaz menerusi LEGASI PEJUANG karya Arman Jazee terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : HUKUM-HAKAM AZAN & IQAMAT
Penulis : MOHAMMAD HAIDZIR HUSSIN
Penerbit :TELAGA BIRU


Buku kedua, HUKUM-HAKAM AZAN & IQAMAT menurut ulama Mazhab Shafi'i tulisan Mohammad Haidzir Hussin terbitan Telaga Biru. Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah. 

Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam. 

Buku ini perlu dimiliki kerana  ia menyentuh isu dan hukum berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi para muazin. Semuanya menerusi buku HUKUM-HAKAM AZAN & IQAMAT Mohammad Haidzir Hussin terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 6 November 2012 jam 12.30tgh.