Monday, December 10, 2012

ZON ULAT BUKU 18 DISEMBER 2012

Tajuk Buku :KENAPA AKU?
Penulis : NUROLL SHAZLINDA HAIRUL
Penerbit :BUKU PRIMA - GRUP BUKU KARANGKRAF





Salam 1 Malaysia. Terima kasih kerana menjadikan Zon Ulat Buku sebagai pilihan anda. Buku pertama yang diketengahkan minggu ini merupakan sebuah novel puitis dan bakal menyentuh emosi anda, KENAPA AKU, karya Nuroll Shazlinda Hairul terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan Nia Darlina yang bergelumang dengan dilema. Perkenalannya dengan tiga orang jejaka membuatkan hidupnya tidak tentu arah. Antara Zulhelmi, Azfar dan Shahrul. Namun kehadiran bapa tirinya, Haikkal dalam kelauga benar-benar mengundang resah. Haikkal merupakan kawan baik papanya, dan berkahwin setelah kematian Daniel Hakim. 

Tanpa diduga, Haikkal mengambil kesempatan ke atas Nia Darlina tanpa pengetahuan ibunya. Pada siapa harus dicurahkan segala rasa? Mampukah Nia Darlina mengharungi badai yang menimpa atau terpaksa berserah kepada takdirNYA? Ketahui kesudahan kisah ini menerusi novel KENAPA AKU, karya Nuroll Shazlinda Hairul terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK
Penulis : IMRAN ABDUL JABAR
Penerbit :PTS NET MILLENIA





Buku kedua cukup mengujakan bagi anda yang meminati seni fotografi. TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK oleh Imran Abdul Jabar terbitan PTS Net Media ini  tampil dengan 100% halaman berwarna. Ketahui 24 teknik suntingan foto langkah demi langkah yang pasti berguna untuk anda.

Selebihnya menerusi buku  TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK oleh Imran Abdul Jabar terbitan PTS Net Media.


 Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas sekarang dan berikan kata laluan untuk anda memenangi buku-buku yang diketengahkan minggu ini. 


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 18 Disember 2012 jam 12.30tgh. 

No comments:

Post a Comment