Monday, December 10, 2012

ZON ULAT BUKU 11 DISEMBER 2012

Tajuk Buku : RAHSIA JADI GENIUS
Penulis : CIKGU KAMIL 
Penerbit :ALAF 21 - GRUP BUKU KARANGKRAF



Salam 1 Malaysia. Dua lagi buku menarik ditengahkan menerusi Zon Ulat Buku hari ini. Buku pertama, khusus untuk adik-adik, selain panduan berguna untuk ibu bapa - RAHSIA JADI GENIUS DI SEKOLAH RENDAH tulisan Cikgu Kamil terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Buku hebat ini mampu membantu pelajar dalam memberikan kaedah-kaedah terbaik untuk berubah kepada seorang pelajar genius. Teknik yang diajar menerusi latihan-latihan yang disediakan akan emmudahkan pelajar mengingati fakta-fakta penting dalam pelajaran.

Tampil menarik dengan karikatur dan warna-warna menarik, selain teknik-teknik hebat, pasti cabaran untuk menjadi genius lebih mengujakan. Selebihnya menerusi buku  RAHSIA JADI GENIUS DI SEKOLAH RENDAH tulisan Cikgu Kamil terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : AKIDAH AKHIR ZAMAN
Penulis : MUHAMMAD ZUHAILI SAIMAN
Penerbit :TELAGA BIRU



Buku kedua, AKIDAH AKHIR ZAMAN tulisan Muhammad Zuhaili Saiman terbitan Telaga Biru mendalami erti akidah yang sebenarnya menurut Islam. Dalam erti kata lain, emmahami bahawa akidah itu memimpin manusia ke arah eprspektif lebih meluas.

Antara perbincangan menarik, masyarakat Islam dan jenayah murtad, dan kemurtadan fikrah. 

Banyak lagi ilmu untuk diselongkar menerusi buku AKIDAH AKHIR ZAMAN tulisan Muhammad Zuhaili Saiman terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas sekarang dan berikan kata laluan untuk anda memenangi buku-buku yang diketengahkan minggu ini. 

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 11 Disember 2012 jam 12.30tgh.      

No comments:

Post a Comment