Penulis : ARMAN JAZEE
Penerbit :ALAF 21
+(1).gif)
Mengisahkan Muaz yang bekerja sambilan sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur. Nasibnya berubah selepas tragedi rompakan bank yang mengorbankan kesemua perompak, kecuali ketua mereka. Muaz menjadi tebusan dan dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah.
Apakah yang terjadi kepada Muaz? Mengapa dia menjadi individu paling dikehendaki agensi perisikan antarabangsa? Ketahui kesudahan kisah Muaz menerusi LEGASI PEJUANG karya Arman Jazee terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Tajuk Buku : HUKUM-HAKAM AZAN & IQAMAT
Penulis : MOHAMMAD HAIDZIR HUSSIN
Penerbit :TELAGA BIRU
Buku kedua, HUKUM-HAKAM AZAN & IQAMAT menurut ulama Mazhab Shafi'i tulisan Mohammad Haidzir Hussin terbitan Telaga Biru. Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu
solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan
solat fardu secara berjemaah.
Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja
sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat,
malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika
menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek
kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta
kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat
Islam.
Buku ini perlu dimiliki kerana ia menyentuh isu dan hukum
berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan
pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang
berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi
para muazin. Semuanya menerusi buku HUKUM-HAKAM AZAN & IQAMAT Mohammad Haidzir Hussin terbitan Telaga Biru.
Telefon 03-22825445 dan
jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan
kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang
diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
No comments:
Post a Comment