Penulis : DR HJ ZAHAZAN MOHAMED & NIK WAFDI NIK JAAFAR
Penerbit :TELAGA BIRU
Salam 1 Malaysia. Dua lagi buku baharu diketengahkan minggu ini. Buku pertama merupakan darapan daripada buku 101 doa daripada Hadis-Hadis Sahih.
Buku bertajuk 101 DOA MOHON MAKBUL oleh Dr Haji Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar terbitan Telaga Biru tampil kompak dan dipersembahkan secara santai dan menarik dengan illustrasi kartun berwarna oleh Kartunis Nik.
Antaranya, doa ketika memasuki kampung atau bandar, doa apabila ketakutan ketika tidur, doa selamat dan doa mengelakkan lupa. Bukan sahaja mudah dibawa sebagai bacaan, ia secara langsung dapat mendekatkan pembaca dengan hadis. Semuanya menerusi buku 101 DOA MOHON MAKBUL oleh Dr Haji Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar terbitan Telaga Biru.
Tajuk Buku : HEBATNYA SUSU IBU
Penulis : RITA RAHAYU OMAR
Penerbit :ALAF 21 - GRUP BUKU KARANGKRAF
Buku kedua khusus untuk para ibu yang sedang menyusukan bayi atau bakal ibu. HEBATNYA SUSU IBU oleh Rita Rahayu Omar terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf. Tahukah anda, setitis susu ibu dikatakan mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Buku ini menjadi panduan lengkap penyusuan bayi sekaligus menjadi rujukan terbaik para ibu. Antara yang menarik, menyingkap misteri 'cecair' emas, pilihan pemakanan dan pemgambilan air yang betul, pengalaman menyusukan bayi pra matang serta soal jawab masalah penyusuan bayi.
Ketahui selebihnya menerusi buku HEBATNYA SUSU IBU oleh Rita Rahayu Omar terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Telefon 03-22825445 dan
jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan
kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang
diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
No comments:
Post a Comment