Tuesday, October 23, 2012

ZON ULAT BUKU 27 NOVEMBER 2012

Tajuk Buku : KALA CINTA MENGGODA
Penulis : NOORFADZILLAH
Penerbit :BUKU PRIMA - GRUP BUKU KARANGKRAF


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat buku menampilkan sebuah novel hebat karya Noorfadzillah bertajuk KALA CINTA MENGGODA terbitan Buku Prima -Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan trio Siti. Siti Saleha atau Tiha, cukup pandai bergaya dan seksi. Pantang melihat lelaki 3K iaitu karier-kaya-kumis. Siti Nurbaya atau Tiya pula berperwatakan tomboi. Gadis yang tidak gemar mendekati lelaki tetapi tidak bermaksud dia anti-lelaki. 

Manakala Siti Raihana atau Tina pula, seorang yang sopan santun dan lemah gemalai tetapi kadangkala menggelabah tidak bertempat. Siapakah yang mampu menggoda hati untuk mendapatkan cinta tiga Siti ini? 

Ketahui kesudahannya menerusi novel KALA CINTA MENGGODA karya Norfadzillah terbitan Buku Prima -Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : UMMI KENAPA WAJIB TUTUP AURAT
Penulis : UMMU AMMAR
Penerbit :TELAGA BIRU



Buku kedua, karya Ummu Ammar bertajuk UMMI, KENAPA WAJIB TUTUP AURAT terbitan Telaga Biru, khusus untuk pembaca cilik. Mengisahkan Sumayyah, seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia gemar bertanya uminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham termasuklah mengenaui aurat. Apakah itu aurat? Kenapa wanita wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki?


Semuanya terjawab menerusi buku UMMI, KENAPA WAJIB TUTUP AURAT terbitan Telaga Biru tulisan Ummi Ammar.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini. 

No comments:

Post a Comment