Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Cinta- sebaiknya harus dipertahankan. Begitu juga kisahnya dengan Saifudin atau Laksamana Sunan yang tidak terlepas daripada belenggu cinta. Fikirannya terganggu selepas mendengar perkhabaran bahawa isterinya masih hidup. Namun benarkah Sang Dewi itu isterinya, Ratna itu Ratu Sulaman atau sekadar jelmaan dengan wajah serupa?
Dia memutuskan untuk menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Apakah kesudahan perjalanan Saifudin? Hayati kisah cinta dan airmata dalam perjuangannya kali ini menerusi SUNAN MUSAFIR, karya Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Tajuk Buku : ASAS SOLAT PRAKTIKAL UNTUK PEREMPUAN
Penulis : Marwan Hamdi
Penerbit : PTS Darul Furqan
Buku kedua, ASAS SOLAT PRAKTIKAL UNTUK PEREMPUAN oleh Marwan Hamdi terbitan PTS Darul Furqan. Merupakan buku panduan yang mudah, ringkas dan praktikal khususnya untuk kanak-kanak. Bukan sahaja mudah difahami, buku ini turut dilengkap info lengkap seperti berwuduk,tayamum, syarat, rukun dan sunat solat, tatacara solat, solat jenazah serta amalam selepas solat. Selebihnya, ketahui menerusi buku ASAS SOLAT PRAKTIKAL UNTUK PEREMPUAN.
Telefon 03-2282 5445 dan
jadi pemanggil pertama terpantas dan
berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua
buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 5 Jun 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment