Penulis : Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : PTS Islamika

Bagi anda yang aktif di laman sosial FB, buku ini pasti menarik minat anda. LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA oleh Zaharuddin Abd Rahman terbitan PTS Islamika. Benarkah Facebook punya agenda tersembunyi, mendedahkan diri kepada zina, membuka aib sendiri dan banyak lagi? Apa pula yang dikatakan dosa-dosa di facebook? fenomena puji, bodek dan ampu, dan perkongsian penuh hikmah?
Semuanya dibincangkan menerusi buku LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA oleh Zaharuddin Abd Rahman terbitan PTS Islamika.
Tajuk Buku : AKU YANG KAU CINTA
Penulis : Muna Mahira
Penerbit : Alaf 21- Grup Buku Karangkraf

Hans memang bukan citarasa lelaki terutamanya Bardrizal. Namun masa merubah segalanya. Dia kini bekerja di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Personalitinya yang berubah membuat Bardrizal jatuh cinta. Lain pula kisahnya dengan Hans yang bermain tarik tali. Bardrizal dimalukan Hans di khalayak ramai, lantas dendam kesumat membelenggunya untuk menundukkan Hans. Apakah kesudahannya? Ketahui menerusi novel AKU YANG KAU CINTA terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Sempena ramadan yang menjengah ke minggu yang kedua, buku 300 RESIPI : MENU RAMADAN DAN SYAWAL terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf pasti mengujakan anda. Menampilkan sajian hebat hidangan ramadan termasuklah menu awal berbuka, lauk pauk dan sayuran, kerabu dan sambal juga menu ringkas bersahur. Antara yang menarik termasuklah Som Som Lapis Inti Nenas, Ayam Kalio dan kerabu ikan pekasam.
Tidak ketinggalan, menu hebat sempena Syawal antaranya Daging Kerutup Kacang Soya, Nasi Kuning Sari dan Laksa Asam Udang Kekapis. Banyak lagi menerusi buku 300 RESIPI : MENU RAMADAN DAN SYAWAL terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Tajuk Buku : 300 MENU : RAMADAN & SYAWAL
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf

Tidak ketinggalan, menu hebat sempena Syawal antaranya Daging Kerutup Kacang Soya, Nasi Kuning Sari dan Laksa Asam Udang Kekapis. Banyak lagi menerusi buku 300 RESIPI : MENU RAMADAN DAN SYAWAL terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Telefon 03-2282 5445 dan
jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan
berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 31 Julai 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment