Tajuk Buku : MISS EPAL
Penulis : Hani Sofea
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 140
Penulis : Hani Sofea
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 140
Mengisahkan Dina, gadis kecil yang bercita-cita tinggi. Impiannya mahu mengubah dunia di sekelilinginya. Cintanya pada warna hijau epal dan memakai haruman epal menyebabkan dia digelar Miss Epal. Tanpa impian, mimpi tidak akan jadi nyata. Mampukah Miss Epal mencapai matlamatnya?Telusuri kisah dina bersama keluarga dan rakan-rakan menerusi novel remaja MISS EPAL, karya Hani Sofea terbitan PTS Profesional.
Penulis : Zara Amani
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 636
Kemunculan Rifdi Hakimi masih belum mampu mengisi kesunyian hati yang ditinggal pergi. Berbeza dengan Fakhrul Qazril Amani yang sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman hati, ditambah lagi dengan wajahnya saling tak tumpah seperti Haidi. Apakah kesudahan cnta bersegi ini? Ketahuinya menerusi novel COKLAT, BUNGA & SI CUPID karya Zara Amani terbitan Buku Prima.
Tajuk Buku : CINTA GRANADA
Penulis : Radwa Ashour
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 218
Penulis : Radwa Ashour
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 218
Buku terakhir hari ini merupakan buah tangan daripada seorang profesor di Mesir, Radwa Ashour, terbitan Telaga Biru. CINTA GRANADA merupakan novel kedua daripada trilogi Granada.
Mengisahkan Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali, cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak di pergunungan Granada. Dalam diam Hassan mengajar Ali bahasa arab, bahasa ibunda bagi mereka yang berketurunan Arab Granada. Namun sejak Castile berkuasa, bahasa itu dilarang sama sekali untuk diamalkan.
Mereka diusir dari kampung halaman sendiri. Mariama meninggal dunia dalam pelukan Ali. Apakah kesudahan kisah cinta dan airmata ini? Segalanya terjawab menerusi novel CINTA GRANADA oleh Radwa Ashour, terbitan Telaga Biru.
Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:
Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm edisi Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.
"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"
Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 26 Julai 2010 jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment