Wednesday, April 14, 2010

PREBIU BUKU 26 APRIL 2010









TAJUK BUKU : GADIS BUBBLE GUM
PENULIS : HANA QISTINA
TERBITAN : PTS LITERA UTAMA
MUKA SURAT : 404

Buku pertama minggu ini merupakan novel bertajuk Gadis Bubble Gum, karya Hana Qistina terbitan PTS Litera Utama. Harta bukanlah segalanya tetapi itulah yang menjadi kebanggaan Sheera, anak usahawan berjaya yang tidak pernah risau dengan kehidupannya. Segalanya telah tersediah di depan mata. Mujur Nusaibah setia bersama sebagai rakan yang tidak pernah jemu menasihati dan memberikan semangat untuk berubah dan mencari diri. Apapun situasi, bubble gum terus jadi peneman setianya. Sheera dan bubble gum memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi ada sesuatu yang tiba-tiba merubah hidupnya.. REUNION sekolahnya.

Mereka yang ingin hadir perlu mendaftar di laman web. Hasrat untuk menunjuk-nunjuk tiba-tiba terbantut. Apakah dia? Pekerjaan. Hidupnya mewah bukan atas daya usahanya. Barulah Sheera sedar bahawa sebenarnya dia tidak punya apa-apa. Sikapnya suka mengambil mudah tentang masa depannya. Berjayakah Sheera mendapatkan pekerjaan dengan perangainya yang panas baran? Ikuti kisah selanjutnya menerusi novel Gadis Bubble Gum karya Hana Qistina terbitan PTS Litera Utama.





TAJUK BUKU : KU BERSERAH
PENULIS : UMMI ARIZA
TERBITAN : BUKU PRIMA
MUKA SURAT : 464

Buku kedua minggu ini merupakan novel karya Ummi Ariza, Ku Berserah terbitan Buku Prima. Ku Berserah menyingkap kehidupan seharian kita sebagai insan. Sedar atau tidak, kita sering terlupa untuk mengambil berat aka orang di sekeliling kita, hinggalah kita kehilangannya. Kisah cinta bersegi antara Safiyah, Fahrin dan Badrul. Perkahwinan yang telah ditetentukan meronta hati Safiyah untuk menerimanya sebagai suami. Apatah lagi dirinya tidak pernah dihargai insan bernama suami. Siapakah Badrul yang muncul di antara mereka? Mampukah kasih mereka bersatu? Ikuti kesudahannya menerusi novel novel karya Ummi Ariza, Ku Berserah terbitan Buku Prima.

Sebarang cadangan atau pendapat sila emel ke buku@kl.fm

AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU

No comments:

Post a Comment