Monday, January 2, 2012

Zon Ulat Buku 3 Januari 2012

Tajuk Buku : KISYAH BUDAK JUNIOR MASTERCHEF
Penulis : Lynn Dayana, Iris Ixora, Wardah Munirah, Harleem Dyam dan Nurul Syahida
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Kembali bersua dalam Zon Ulat Buku KLfm edisi pertama untuk tahun 2012. Dua lagi buku baharu diketengahkan hari ini. Buku pertama dari Siri Merah Cinta Kita, memaparkan 5 buah novelet, KISYAH BUDAK JUNIOR MASTERCHEF karya lima orang penulis, Lynn Dayana, Wardah Munirah, Harleem Dayam dan Nurul Syahida terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.

Empat kisah lain, Perangkap Sugardaddy, Qistina Obses Facebook, Kasut Bola Syafika dan Shazrina dan Sweetie. Tampil dengan muka surat berwarna-warni dan illustrasi menarik, pasti mengujakan mereka yang menatap dan membacanya.

Semuanya menerusi buku KISYAH BUDAK JUNIOR MASTERCHEF karya Lynn Dayana, Wardah Munirah, Harleem Dayam dan Nurul Syahida terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.



Tajuk Buku : MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM
Penulis : Dy. Yazid Abdul Manap
Penerbit : Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf



Buku kedua, bagi anda yang cintakan ilmu mengenai sejarah dan mengenali nama disebalik kejayaan besar dunia yang dikecapi kini. MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM tulisan Dr Yazid Abdul Manap terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf bakal membuka minda kecintaan anda terhadap ilmuwan ulung yang menjulang nama.

Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat. Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka.

Antara menarik menerusi buku ini termasuklah membongkar Sains para Nabi Allah, menyelami sumbangan Ilmuwan Islam, mengenali tokoh sains barat dan banyak lagi.

Dekati dan kenali siapakah Al Farabi, Al-Khawarizmi, juga Ibnu Sina menerusi buku ini. Ketahui selebihnya menerusi bbuku MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM oleh Dr Yazid Abdul Manap terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 3 Januari 2012 jam 12.30tgh.

4 comments:

  1. wah.menarik kisyah budak junior masterchef.mesti beli!

    ReplyDelete
  2. Hati Tisu mesti beli ya..

    ReplyDelete
  3. Memang best ceritanya. Ada lagi cerita lain dalam Siri Merah Cinta Kita. Ada beli di Karangkraf Mall. Siap ada peraduan lagi. Harap saya boleh menang hadiah hebat, Samsung Galaxy Tab lagi.

    Yey yey... jom. (Lola)

    ReplyDelete
  4. I like! Thumbs up. :D

    [Jeeja]

    ReplyDelete