Tajuk Buku : MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM Penulis : Dy. Yazid Abdul Manap Penerbit : Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf
 
  
 
 Buku kedua, bagi anda yang cintakan ilmu mengenai sejarah dan mengenali nama disebalik kejayaan besar dunia yang dikecapi kini. MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM tulisan Dr Yazid Abdul Manap terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf bakal membuka minda kecintaan anda terhadap ilmuwan ulung yang menjulang nama.
  Golongan ini  membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia  menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat. Hari ini kita banyak  didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang  keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa  ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa  teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat  dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka.
  
 Antara menarik menerusi buku ini termasuklah membongkar Sains para Nabi Allah, menyelami sumbangan Ilmuwan Islam, mengenali tokoh sains barat dan banyak lagi.
  Dekati dan kenali siapakah Al Farabi, Al-Khawarizmi, juga Ibnu Sina menerusi buku ini. Ketahui selebihnya menerusi bbuku MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM oleh Dr Yazid Abdul Manap terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.
  
 Telefon 03-22825445 dan           jadi  pemanggil pertama dan kedua terpantas  dan  berikan kata        laluan    untuk  anda memenangi kedua-dua buah buku yang       diketengahkan    minggu    ini.
  
 "Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
  - Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 3 Januari 2012 jam 12.30tgh.
 
  | 
wah.menarik kisyah budak junior masterchef.mesti beli!
ReplyDeleteHati Tisu mesti beli ya..
ReplyDeleteMemang best ceritanya. Ada lagi cerita lain dalam Siri Merah Cinta Kita. Ada beli di Karangkraf Mall. Siap ada peraduan lagi. Harap saya boleh menang hadiah hebat, Samsung Galaxy Tab lagi.
ReplyDeleteYey yey... jom. (Lola)
I like! Thumbs up. :D
ReplyDelete[Jeeja]