Penulis : Intan Arnida
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku edisi terakhir bagi tahun 2011 ini bakal mengetengahkan lagi dua buah buku baharu khusus untuk kaki buku. Buku pertama, sebuah novel terbaharu karya Intan Arnida terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf, BIRU UNGU CINTAKU.
Mengisahkan Siti Julia Sophia yang ditinggal pergi suami yang amat dikasihi, bagaikan digantung tak bertali. Faeris Syakim hilang tanpa pesan dan khabar berita. Tambah sengsara bilamana dirinya terus dibelenggu ketakutan, diugut dan diburu lelaki misteri sehingga nyawanya hampir terancam.
Dalam diam Syakim memendam rasa cemburu dan syak wasangka yang membuak terhadap Julia. Dia tekad menyingkap segala kecurangan Julia, namun tindakannya menjerat diri, termasuklah Julia yang menjadi mangsa keadaan.
Apakah kesudahannya? Ketahui menerusi novel Biru Ungu Cintaku karya Intan Arnida terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : DIARI PENGAWAS SEKOLAH
Penulis : Nia Imrani
Penerbit : PTS One
Buku kedua, satu lagi siri pembaca muda, khusus untuk adik-adik. DIARI PENGAWAS SEKOLAH oleh Nia Imrani terbitan PTS One. Mengisahkan Fazrul, pelajar tahun lima yang anti pengawas. Semua orang kata pengawas adalah manusia paling skema. Suka menulis nama dan mencari kesalahan orang lain. Tidak terkecuali Fazrul yang juga berpendapat begitu.
Sehinggalah Fazrul dilantik menjadi pengawas sekolah. Apakah yang terjadi kepada Fazrul? Bagaimana gelaran yang dia sendiri pernah berikan kepada pengawas-pengawas itu dahulu? Ikuti kesudahan DIARI PENGAWAS SEKOLAH karya Nia Imrani terbitan PTS One.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 27 Disember 2011 2011 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment