Monday, December 12, 2011

Zon Ulat Buku 13 Disember 2011

Tajuk Buku : DEKORASI SENI LUKIS MESRA ALAM
Penulis : Zahir Yusof
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Kembali bersua dalam Zon Ulat Buku. Dua buah buku baharu diketengahkan lagi hari ini. Buku pertama, khusus untuk anda yang sangat meminati bidang hiasan. Buku DEKORASI SENI LUKIS MESRA ALAM oleh Zahir Yusof terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf. Antara yang menarik, Teknik-teknik mewarna mengikut gaya 'Folk Art', panduan terperinci untuk melakukan projek-projek yang dikemukakan, panduan berguna untuk menggunakan alat-alat dan bahan-bahan asas untuk lukisan dan banyak lagi.

Bagi anda yang suka mencuba perkara baharu, mempelajari seni 'Folk Art' untuk mengindahkan barangan terpakai pasti mengujakan dan berbaloi. Pelajari tekniknya satu persatu menerusi buku DEKORASI SENI LUKIS MESRA ALAM oleh Zahir Yusof terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : RESIPI IBU BERPANTANG CARA MELAYU
Penulis : Mahsuri Ayu
Penerbit : PTS Millenia


Buku kedua, khusus untuk bakal ibu. RESIPI BERPANTANG CARA MELAYU oleh Mahsuri Ayu terbitan PTS Millenia. Dilengkapi dengan 33 hidangan berkhasiat, info dan rawatan sepanjang tempoh berpantang. Antara menu menarik, Pisang kebatu rebus, sup ikan haruan, singgang daging, juga tip dan penjagaan ibu hamil sehingga bersalin.

Buku ini juga sesuai dijadikan panduan buat suami berkenaan pelan pemakanan yang sihat dan penjagaan yang betul. Ketahui selebihnya menerusi buku RESIPI IBU BERPANTANG CARA MELAYU oleh Mahsuri Ayu terbitan PTS Millenia.



Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 13 Disember 2011 2011 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment