Penulis : Hilmi Isa
Penerbit : Telaga Biru

Zon Ulat Buku edisi 10 Januari 2012 hari ini bakal menampilkan dua lagi buku baharu. Buku pertama, khusus buat ibu bapa mendepani karenah anak-anak yang pelbagai, apatah lagi cabaran yangs emakin besar masakini.
Buku MARAH TAPI SAYANG tulisan Hilmi Isa terbitan Telaga Biru ini menyediakan panduan dan tip-tip untuk menangani isu-isu remaja yang kian menggoncang dan menjadi dilema ibu bapa. Antara yang dikongsikan menerusi buku ini termasuklah mendidik anak gaya Rasulullah SAW berpaksikan Al-Quran dan asSunnah, memahami sisi perasaan negatif anak remaja seperti kekecewaan, marah, kurang keyakinan diri dan sebagainya, tip bagaimana memberikan teguran atau meluahkan rasa marah tanpa menyakiti hati remaja serta mewujudkan hukuman alternatif daripada memukul atau menengking kepada sesuatu yang lebih berhikmah.
Ketahui selebihnya menerusi buku MARAH TAPI SAYANG oleh Hilmi Isa terbitan Telaga Biru ini.

Tajuk Buku : INFLUENZA CINTA
Penulis : Levis Delisya
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua, sebuah cinta INFLUENZA CINTA, buah tangan Levis Delisya terbitan Buku Prima -Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan Yasmin, pewaris tunggal Hotel Eden Garden selepas tragedi ngeri yang menimpa seluruh ahli keluarganya. Bermulalah episod dimana Yasmin harus mencari calon suami sekaligus meneraju perniagaan keluarganya. Ezad Hakimi adalah calon terakhir, tetapi dia jugalah cinta pertama Yasmin.
Lain pula bagi Ezad yang hanya menganggap Yasmin sekadar bayangan silam yang ingin disingkir ke tepi. Hadir Zul Khuzaimey dengan hati yang penuh cinta yang manis bergula. Siapakah yang menjadi pilihan Yasmin? Adakah Ezad yang tawar tanpa perisa malahan berbaki dendam dan sengketa yang belum terlaksana atau Zul Khuzaimey yang pernah menyandang gelaran Mr Kasanova?
Ketahui kesudahan kisah ini menerusi INFLUENZA CINTA karya Levis Delisya terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 10 Januari 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment