Monday, January 16, 2012

Zon Ulat Buku 17 Januari 2012

Tajuk Buku : FIKSYEN 302
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku tampil dengan dua buku baharu dan sedang hangat di pasaran. Buku pertama, buah tangan terbaharu daripada novelis thriller tersohor, Ramlee Awang Murshid dengan FIKSYEN 302.

Mengisahkan bagaimana peguam muda, Rita Yuzalina merungkaikan kisah disebalik pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir sama. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Mereka sendiri menghubungi pihak polis. Waraskah mereka untuk mengakui sendiri perbuatan yang memungkinkan diri sendiri ke tali gantung?

Lebih menakutkan, tragedi lampau berulang kembali dan lebih dahsyat daripada yang dijangkakan? Apakah kesudahan kisah yang penuh mendebarkan ini? Ketahui kesudahannya menerusi novel FIKSYEN 302 karya Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : PANDUAN MEMBORONG DI CHINA
Penulis : Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani
Penerbit : PTS Pro

Buku kedua khusus untuk anda yang berhajat menjadi usahawan baharu. PANDUAN MEMBORONG DI CHINA oleh Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani terbitan PTS Pro ini pasti menjadi pilihan.

Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk anda yang ingin berniaga dan mengaut keuntungan besar sehingga 600% dengan emmborong pelbagai barangan pada harga yang jauh lebih murah.

China yang kini menjadi syurga pilihan peniaga menyajikan pelbagai barang berkualiti dengan harga murah. Buku ini turut menyenaraikan lokasi tepat barangan borong berkualiti dan tip bagaimana mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah.

Turut dimuatkan tip survival - panduan makanan halal, hotel bajet, teknik tawar menawar, pengangkutan, teknik mengesan penipuan dan sebagainya. Selebihnya ketahui menerusi buku PANDUAN MEMBORONG DI CHINA tulisan Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani terbitan PTS Pro.
Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 17 Januari 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment