Tuesday, October 2, 2012

Zon Ulat Buku 9 Oktober 2012

Tajuk Buku : PERMATA DI PINTU KAABAH
Penulis : Munir Ramli
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf



Salam 1 Malaysia. Istimewa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Oktober ini, Zon Ulat Buku KLfm bakal menampilkan tiga buah buku baharu untuk diketengahkan setiap minggu. 

Musim haji tiba lagi. Buku PERMATA DI PINTU KAABAH oleh Munir Ramli terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf pasti menjadi pilihan. Kenali bumi anbiya', Mesir yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dan ilmuan Islam seperti Yusuf Al-Qardawi, Muhammad Sayyid Thanthawi dan Al-Mundziri menerusi kembara mencari 'nilam' dan 'mutiara' Munir Ramli. Kota suci Mekah pula menjadi tempat berkumpulnya seluruh umat Islam. 

Hayati kehebatan travelog ke kota suci menerusi buah tangan terbaharu, Munir Ramli terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf, PERTMATA DI PINTU KAABAH.

Tajuk Buku : TENTANG CINTA
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi,
Penerbit : Telaga Biru



Buku kedua, TENTANG CINTA tulisan Pahrol Mohamad Juoi terbitan Telaga Biru. Isu cinta menjadi tarikan para remaja sejak berzaman. Cinta memberikan tafsiran dan persepsi yang pelbagai. Bagaimanakah cara sebenar bercinta? Cinta yang bagaimana pula dikatakan ada kelas? 

Buku ini terus mengupas pelbagai persoalan  dan isu remaja kontemporari. Ketahui selebihnya menerusi buku TENTANG CINTA oleh Pahrol Mohamad Juoi terbitan Telaga Biru.






Tajuk Buku : SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS
Penulis : Noorfadzillah Omar
Penerbit : PTS Litera



Buku ketiga, sebuah novel remaja terbitan PTS Litera, karya Noorfadzillah Omar bertajuk SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS.

Mengisahkan Aida, remaja berusia 16 tahun yang menyimpan angan-angan menjadi seorang novelis terkenal. Idolanya, Serina Sahlan sering membangkit impiannya. Semangatnya tidak pernah pudar meskipun idea yang dinantikan tak jua kunjung tiba. Bak kata idolanya, menulis biar ada semangat dan ketulusan dan tidak pernah menyerah kalah.


Adakah impiannya bakal menjadi kenyataan? Ketahui kisah selebihnya menerusi novel SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS karya Noorfadzillah Omar terbitan PTS Litera.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.


"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 9 Oktober 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment