Wednesday, September 19, 2012

ZON ULAT BUKU KLFM 2 OKTOBER 2012

Tajuk Buku : DALAM DIAM ADA CINTA
Penulis : Ayuma Umairah
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku kembali lagi hari ini. Dua buah buku hebat untuk pilihan bahan bacaan anda diketengahkan lagi. Buku pertama, sebuah novel terbaharu karya Ayuma Umairah, DALAM DIAM ADA CINTA terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan Melissa yang cuba mengubah perwatakannya menjadi lebih baik seperti adik kembarnya. Bagaimanapun, sehebat mana pun persamaan wajah dan sifat mereka, Mellisa tetap Mellisa. Cinta Ikmal hanya pada Wirdayu, bukan Mellisa. Itulah kenyataannya.

Demi ibunya, Mellisa akur. Dia perlu berlakon menjadi teman wanita Hakimi untuk satu malam. Tanpa disangka, Hakimi yang disangkakan gay, dalam diam mencintainya. Antara Ikmal atau Hakimi, siapakah yang akhirnya bertakhta dihati?

Ketahui kesudahannya menerusi novel DALAM DIAM ADA CINTA oleh Ayuma Umairah terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : KOLEKSI CERITA ADAM KECIL
Penulis : Ashadi Zain, Fred Suriya dan Najla Azura
Penerbit :PTS One

Buku kedua, istimewa untuk pendengar cilik. Buku KOLEKSI CERITA ADAM KECIL oleh Ashadi Zain, Fred Suriya dan Najla Azura terbitan PTS One.

Mengandungi lima kisah menarik antaranya jam bercahaya dalam gelap, durian bercoklat, hadiah cikgu murni dan hamster. Tampil dengan kisah menarik, bersekali dengan karikatur menarik pasti menambat hati.

Selebihnya menerusi KOLEKSI CERITA ADAM KECIL oleh Ashadi Zain, Fred Suriya dan Najla Azura terbitan PTS One.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 2 Oktober 2012, jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment