Wednesday, September 19, 2012

ZON ULAT BUKU 25 SEPTEMBER 2012

 

Tajuk Buku  : TANYA PAKAR
Penulis          : Dr Norintan Zainal Shah
Penerbit       : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia untuk pendengar setia KLfm dan Zon Ulat Buku edisi 25 September, hari ini. Dua buah buku baharu dan sangat menarik untuk dijadikan bahan bacaan anda.

Buku pertama, TANYA PAKAR oleh Dr Norintan Zainal Shah terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf ini merupakan kompilasi daripada soalan dan jawapan di dalam Majalah Pa & Ma. Buku berbentuk soalan dan jawapan yang tepat ini boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa khususnya yang pertama kali bakal menimang cahayamata.
Adakah bayi dalam kandungan berisiko terhadap suntikan bius? Benarkah bersama ketika pantang boleh menyebabkan kematian dan apakah yang dimaksudkan dengan rahim terbalik?

Semuanya menerusi buku TANYA PAKAR oleh Dr Norintan Zainal Shah terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : NURUL FURQAN
Penerbit      : Telaga Biru


Buku kedua, terbitan terbaharu Telaga Biru bertajuk NURUL FURQAN. Terus berkongsi keindahan tafsir al-Quran, buku yang disusun berpandukan kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi.

Buku ini menampilkan terjemahan perkata, iaitu setiap perkataan dalam setiap ayat diterjemahkan berdasarkan makna asalnya. Di akhir tafsir sesuatu surah yang pendek terdapat mafhum surah atau kelompok ayat terbabit, supaya pembaca dapat memahami kandungan surah atau ayat-ayat tersebut dengan lebih mudah dan jelas, sebagai rumusan kepada terjemahan perkata.

Hayatinya menerusi buku NURUL FURQAN terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 25 September 2012, jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment