Tuesday, May 22, 2012

ZON ULAT BUKU 18 SEPTEMBER 2012

Tajuk Buku : AYUH HAJI
Penulis : Amly Asenar
Penerbit : Telaga Biru

Salam 1 Malaysia untuk semua peminat-peminat Zon Ulat Buku KLfm. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada ruangan yang terus mengangkat amalan membaca di kalangan wargakota.

Buku pertama, AYUH HAJI tulisan Amly Asenar terbitan Telaga Biru. Sempena musim haji yang tiba tak lama lagi, sebuah buku tampil dengan saiz kompak dan mudah dibawa. Buku ini bakal mengupas pelbagai persoalan mengenai ibadah haji yang ditangani dengan bahasa yang cukup mudah difahami. Antara perkara menarik termasuklah memahami maksud kem haji, 8 hikmah - ihram, talbiah, tawaf, hajarulaswad dan banyak lagi. Juga dimuatkan illustrasi fikir dan zikir dan peta kembara hikmah.

Selebihnya menerusi buku AYUH HAJI tulisan Amly Asenar terbitan Telaga Biru.

Tajuk Buku : CANTIK SEINDAH BULAN
Penulis : Nurmi Syakimi
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf


Buku kedua, sebuah novel buah tangan Nurmi Syakimi bertajuk CANTIK SEINDAH BULAN terbitan Alaf 21-Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan cinta Khalisya yang tak kesampaian terhadap Ryan Kumar, jejaka india yang tampan persis Shahid Kumar, setelah dipaksa berkahwin dengan Shariman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu untuk memaksa hati mencintai lelaki itu kerana hatinya cuma untuk Ryan. 

Rumah tangga yang dibina hancur jua. Dia nekad mencari cinta hati yang ditinggalkan. Rupa-rupanya Ryan teguh menantinya bersama kasih seluas bumi. Namun dia terpaksa kembali ke tanah Delhi demi keluarga tercinta.

Dalam penantian yang tinggal nama sebuah janji, Nazriel muncul mengikatnya dengan tali pertunangan. Dia masih cintakan Ryan dan Khalisya hanya mahu bersama lelaki itu. Berbalaskah cinta dan rindu yang dipendam sekian lama? 

Ketahui kesudahannya menerusi novel CANTIK SEINDAH BULAN terbitan Alaf 21-Grup Buku Karangkraf karya Nurmi Syakimi.


Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
 
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 18 September 2012 jam 12.30tgh 

No comments:

Post a Comment