Tuesday, May 22, 2012

ZON ULAT BUKU 11 SEPTEMBER 2012

Tajuk Buku : FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA
Penulis : Muhd Nur Iman Ramli
Penerbit : PTS Millenia


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku KLfm tampil dengan dua naskhah buku hebat. 

Buku pertama, FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA tulisan Muhd Nur Iman Ramli terbitan PTS Millenia. Mendengar tajuknya sahaja sudah cukup mengujakan. Antara yang menarik diketengahkan menerusi buku ini termasuklah Ledakan Obama Mania, 44 President Of United States atau POTUS, Sumpahan Keluarga Kennedy, Buku Rahsia Presiden dan banyak lagi.

Bukan sahaja satu persatu rahsia yang mengejutkan bakal terungkai malahan buku ini turut memuatkan koleksi foto yang banyak meninggalkan sejarah. 

Selebihnya, menerusi buku FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA tulisan Muhd Nur Iman Ramli terbitan PTS Millenia.



Tajuk Buku : KEJORA DI LANGIT CINTA
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua, sebuah novel cinta karya Anis Ayuni, KEJORA DI LANGIT CINTA terbitan Alaf 21-Grup Buku Karangkraf. Kalau dia tercipta untukku, jangan pudarkan rasa kasih di hati ini. 

Itulah jua pinta Nur Faradila. Hidupnya bahagia ditemani mama dan adik perempuannya walaupun ayah tercinta telah pergi buat selamanya. Rutin sebagai guru digalas sebaiknya malah kehadiran Khalish selepas pertemuan di Kota Makkah empat tahun lalu terus menjadi dambaannya. Namun segalanya dipendamkan jauh di sudut hati, bimbang kasih bertepuk sebelah tangan.

Namun kemunculan Datuk Azlan, ayah kepada anak muridnya Ibrahim Hakimi amat mencurigakan. Kebaikan berganda yang ditunjukkan menimbulkan tanda tanya. Ibrahim Hakimi yang dulunya liar kini berubah baik kerananya. Barangkali dia mendambakan kasih seorang ibu. 

Apakah kejujuran mampu dicurahkan terhadap Khalish atau terpaksa berkorban demi Ibrahim Hakimi? Ikuti kesudahan kisah ini menerusi novel KEJORA DI LANGIT CINTA karya Anis Ayuni terbitan Alaf 21-Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 11 September 2012 jam 12.30tgh 

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan Julia dan pihak KL FM. Apa khabar? Terima kasih kerana sudi mengetengahkan buku saya, 'Fail Sulit Presiden Amerika'. Saya amat berbesar hati. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete