Penulis : Mohd Razali Kamarudin
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Buku ini mendedahkan teknik belajar berkesan yang boleh diikuti. Bagaimana untuk mendapatkan teknik dan strategi belajar yang betul? Ketahui 50 Tip menghadapi peperiksaan dan pelbagai info menarik antaranya belajar dengan berkesan, membuat nota ringkas yang berkesan & latihan mengingat, kunci 5A UPSR dan banyak lagi.
Tambah menarik, buku ini turut dimuatkan bonus solat sunat terpilih.
Tajuk Buku : MISS PISAU CUKUR
Penulis : Siti Nur Dhuha
Penerbit : Buku Prima

Kemunculan gadis pisau cukur, Nurul menambat hati Ku Afnan meskipun dia tahu gadis itu hanya mahukan hartanya bukan cintanya. Pada masa sama, Nurul jatuh cinta kepada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Mampukah kuasa cinta merubah prinsip Nurul si pisau cukur.
Ketahui kisah kesudahannya menerusi novel MISS PISAU CUKUR karya Siti Nur Dhuha terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.
Telefon 03-2282 5445 dan
jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan
berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua
buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 4 September 2012 jam 12.30tgh
No comments:
Post a Comment