Sunday, May 20, 2012

ZON ULAT BUKU 28 OGOS 2012

Tajuk Buku : SEPERTI KEJU & COKLAT
Penulis : Rose Harissa
Penerbit : PTS Litera





Salam 1 Malaysia. Masih lagi dalam suasana Aidilfitri. Moga lebaran kali ini terus diisi dengan budaya kunjung mengunjungi dan tidak dilupakan, membaca terus menjadi amalan dikala waktu senggang.

Buku pertama dalam Zon Ulat Buku hari ini merupakan terbitan PTS Litera bertajuk SEPERTI KEJU & COKLAT karya Rose Harissa. Personaliti Aqil sering menjadi perhatian. Bukan kerana hebat tetapi pelik! Sering bercakap seorang diri ketika membuat lakaran hingga ramai yang takut untuk mendekatinya termasuklah Raisya. Bagaikan keju dan coklat, dua bahan berbeza namun apabila disatukan menjadi satu rasa yang luar biasa hebat. Segalanya terjawab apabila Raisya berada di satu ruangan kerja bersama Aqil. 

Benarkah Aqil membuat Raisya lebih mengenali keindahan persahabatan sejati dan sebuah kebahagiaan? Apakah rahsia yang disimpan Aqil sekian lama hingga mengejutkan seluruh fakulti Alam Bina? 

Ikuti kesudahan kisah Raisya dan Aqil menerusi novel remaja  SEPERTI KEJU & COKLAT karya Rose Harissa terbitan PTS Litera.


Tajuk Buku : JAGA JANGAN KANTOI
Penulis : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua, JAGA JANGAN KANTOI oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf. Nak kata bidalan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Begitu jugalah dimaksudkan dengan usaha, biarlah berterusan jangan menyerah menyerah kalah dan terhenti di tengah jalan.

Buku motivasi ini turut mengetengahkan pelbagai tajuk menarik antaranya kedekut haji bakhil, limau besar kepala, alahai cikgu dan banyak lagi.

Kurangkan tekanan dan menjadi positif menerusi buku JAGA JANGAN KANTOI oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf ini.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini. Selamat membaca dan salam kemerdekaan!

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 28 Ogos 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment