Friday, May 18, 2012

ZON ULAT BUKU 14 OGOS 2012

Tajuk Buku : INDEKS PRESTASI NAFSU
Penulis : Shuib Bin Sulaiman
Penerbit : PTS Islamika



Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku KLfm edisi 14 Ogos harini membawakan tiga lagi buku yang menarik edisi istimewa ramadan untuk anda. INDEKS PRESTASI NAFSU oleh Shuib Sulaiman terbitan PTS Islamika. Ramadan bulan yang paling sesuai untuk menilai kembali segala amalan kita. 




Buku ini membawa kita menilai kembali prestasi nafsu samada lebih membawa ke arah kebaikan atau sebaliknya. Fitrah manusia sering lalai dan leka dan tewas dengan godaan nafsu. Antara menarik diketengahkan menerusi buku ini termasuklah mengenali nafsu, sifat mahmudah dan mazmumah dan bagaimana untuk mendidik nafsu yang beraja di hati.

Hayati dan pelajari selebihnya menerusi buku ini, INDEKS PRESTASI NAFSU oleh Shuib Sulaiman terbitan PTS Islamika.



Tajuk Buku : CINTA AWEK DAN PAKWE
Penulis : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf


Buku kedua, sebuah novel bertajuk CINTA AWEK DAN PAKWE tulisan Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.

Uniknya, novel ini digarap daripada pengalaman penulis sendiri. Betapa mengharap hanya pada bayangan cukup menyakitkan. Menjadi lumrah, hanya menghargai sesuatu apabila segalanya hilang dari mata. 

Ego membatasi rasa cinta mendalam Noah Zuhairi terhadap Didi Dania. Bagaimana untuk diluahkan rasa cinta dek bimbang dikata perigi mencari timba sedangkan dia Mat Rock yang sepatutnya berhati kering. Kehadiran Juliana dan Razy Radin menjarakkan lagi cinta Noah Zuhairi dan Didi Dania.

Dalam diam Didi Dania merasakan cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk hanya menerima daripada terus mengharap sesuatu yang belum pasti. Mampukah cinta mereka bersatu? Ikuti kesudahan cinta tragis ini menerusi novel CINTA AWEK DAN PAKWE karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima-Grup Buku Karangkraf.


Tajuk Buku : HIMPUNAN MASAKAN JAWA
Penulis : SUWARSI M. ARUKIN
Penerbit : ALAF21 - Grup Buku Karangkraf


Buku terakhir khusus untuk kaki masak. Istimewanya HIMPUNAN MASAKAN JAWA oleh Suwarsi M. Arukin terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf bagi anda yang ingin mempelajari citarasa sebenar menu unik masyarakat jawa. 



Peluang untuk anda mencuba menu hebat seperti gethuk ubi, nasi keluban, jenang kerisik, kuih kemplang atau getas dan pastinya nasi ambeng. Banyak lagi menerusi buku HIMPUNAN MASAKAN JAWA oleh Suwarsi M. Arukin terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 14 Ogos 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment