Friday, May 18, 2012

ZON ULAT BUKU 7 OGOS 2012

Tajuk Buku : DIA JADI SAKSI
Penulis : Fareeda Qalisya
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku KLfm kembali untuk edisi 7 Ogos 2012. Dua buku yang pasti menambat minat anda untuk menambah koleksi bahan bacaan sedia ada. Novel DIA JADI SAKSI, buah tangan Fareeda Qalisya terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. 

Fareez, lelaki kacak kacukan Melayu-Jerman. Kelibatnya sering mencuri pandangan si gadis. Namun perkenalan tak dijangka dengan Ifa menerusi laman chatting membuatkan hatinya terusik. Tiap kali diajak berjumpa, ada sahaja alasan diberikan untuk mengelak. Sherry- identiti Ifa di laman maya. Kononnya dia keturunan di-Raja Kedah. Tidak disangka Fareez rupa-rupanya pensyarah di universitinya tetapi berlainan fakulti. Setelah bersua, hati Ifa bagaikan ada berbunga-bunga.

Namun, Fareez jatuh hati pada Isya, jiran yg baru tamat pengajian di Jordan. Termeterailah ikatan pertunangan dengan restu keluarga. Fareez berjanji untuk berubah sikap dan kembali ke jalanNYA. Tetapi hakikat sebenarnya, dia lebih selesa dengan Ifa, bukan Isya. Dia menjadi diri sendiri bila bersama Ifa. Apakah kesudahan cinta Isya-Fareez dan Isya? Siapakah yang akhirnya bertakhta di hati? Ketahui menerusi novel DIA JADI SAKSI oleh  Fareeda Qalisya terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. 


Tajuk Buku : CEF PASTRI BISKUT RAYA
Penulis : Hayati Hanif
Penerbit : PTS One


Masuk minggu ketiga Ramadan, suasana syawal kian terasa. Buku kedua, CEF PASTRI BISKUT RAYA karya Hayati Hanif terbitan PTS One pasti mengundang senyum. Mengisahkan Aina, anak Tuan Danial, pemilik Kedai Roti Hebat. Dalam masa yang sama, Aina menjalankan perniagaan biskut. Demi melariskan juala biskut jualannya, Tini dan Zeti dipaksa mengenakan kostum, tanpa mempedulikan perasaan kawan-kawannya. Bagaimana kisah tiga orang sahabat ini? Mampukah persahabatan dikekalkan atau hanya keuntungan menjadi keutamaan? 

Ikuti kesudahannya menerusi buku CEF PASTRI BISKUT RAYA karya Hayati Hanif terbitan PTS One.



Tajuk Buku : 165 KEK & BISKUT RAYA
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf

Buku ketiga khusus untuk anda yang masih mencari resipi istimewa sempena lebaran. 165 KEK & BISKUT RAYA terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf selenggaraan Haryati Mat Deris.

Hari Raya pasti lebih istimewa dengan juadah hasil air tangan sendiri memenuhi meja tetamu. Antara resipi menarik dalam buku ini termasuklah tat avocado, kek buah dingin beku,  tat gulung blueberi, tat nangka, bepang mihun dan halwa asam gelugur.

Pelajari selebihnya menerusi buku 165 KEK & BISKUT RAYA terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf selenggaraan Haryati Mat Deris.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 7 Ogos  2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment