Penulis : Rozita Abd Wahab
Penerbit : Alf 21 - Grup Buku Karangkraf
Salam 1 Malaysia. Zon Ulat buku menampilkan tiga lagi buku menarik, edisi khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, sepanjang bulan Oktober ini.

Mengisahkan Auni yang menjadi galang ganti, tanpa rela terpaksa menggantikan Amni, menjadi suri buat Fikri. Demi maruah keluarga, dia meneruskan perkahwinan tanpa sekelumit rasa cinta.
Masa berlalu, cinta bercambah terhadap lelaki yang tidak pernah dikasihinya sebelum ni. Namun segalanya musnah sebaik sahaja Fikri mengetahui rahsia yang dipendam sekian lama. Dia diceraikan tanpa sedikitpun rasa simpati.
Mampukah Auni memiliki kembali cintanya terhadap Fikri? Ketahui kesudahannya menerusi novel puitis SETELAH HATI DIMILIKI karya Rozita Abd Wahab terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : HIMPUNAN KISAH PELIK TAPI BENAR
Penulis : Dr Haji Zahazan Mohamed
Penerbit : Telaga Biru
Mungkin anda tidak pernah mengetahuinya, namun pelbagai kisah menarik menerusi HIMPUNAN KISAH PELIK TAPI BENAR tulisan Dr Hj Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru ini.
Antara yang menarik, balasan mempermainkan sunnah, bulan terbelah, padah mempelajari sihir,, keadaan mayat sebelum dikuburkan dan sebagainya. Semuanya menerusi buku HIMPUNAN KISAH PELIK TAPI BENAR tulisan Dr Hj Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru ini.
Tajuk Buku : DAHSYATNYA SIHIR
Penulis : Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz
Penerbit : Inteam Publishing
DAHSYATNYA SIHIR itulah tajuk buku ketiga yang diketengahkan minggu ini, terbitan inteam publishing, oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Buku ini mendedahkan tentang perbuatan tukang sihir, jenis-jenis sihir, cara tukang sihir memanggil jin, perubatan selepas terkena sihir dan banyak lagi.
Ketahui juga benteng-benteng untuk menghalang daripada menjadi mangsa sihir. Banyak lagi menerusi buku DAHSYATNYA SIHIR oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 30 Oktober 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment