Thursday, May 17, 2012

ZON ULAT BUKU 3 JULAI 2012

Tajuk Buku : SAYANG 3 DALAM 1
Penulis : Weeda Airiza
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Sebuah novel dan sebuah buku penuh dengan ilmu diketengahkan lagi minggu ini menerusi Zon Ulat Buku KLfm. Buku pertama, novel karya Weeda Airiza, SAYANG 3 DALAM 1 terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan cinta bersegi antara Aryana dengan tiga jejaka yang hadir sekaligus dalam hidupnya. Pertemuannya dengan Arel dalam insiden lif rosak menyebabkan jiwanya tidak keruan. Namun kemunculan semula Zafran mengembalikan nostalgia cinta monyet zaman persekolahan, dan kini dia benar-benar menyayangi Aryana. Ditambah lagi dengan kehadiran Aizam. Kasih sayang bagaikan datang bertimpa tetapi hatinya cuma satu. Siapakah diantara ketiga-tiga mereka?

Ketahui kesudahannya menerusi novel SAYANG SAYANG 3 DALAM 1 terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf karya Weeda Airiza.

Tajuk Buku : KEINDAHAN ISLAM
Penulis : Dr Abdul Basit Abd. Rahman
Penerbit : Telaga Biru

 
Buku kedua, mencari erti dan hikmah di sebalik pensyariatan menerusi buku KEINDAHAN ISLAM tulisan Dr Abdul Basit Abd. Rahman terbitan Telaga Biru.

Mengetahui keindahan Islam menjadikan seseorang Muslim bertambah kuat pegangan agamanya, bertambah cinta kepada-Nya serta ebrtambah kuat iltizamnya. Kitab ini menerangkan tentang keindahan syariat Islam dalams eluruh perintah dan larangannya termasuklah kekeluargaan, muamalat, ibadat san sebagainya. Selain menjelaskan perintah dan larangan, ia juga menceritakan faedah, hikmah, maslahat dan manfaat yang tersembunyi.

Hayati dan pelajari selebihnya menerusi buku KEINDAHAN ISLAM tulisan Dr Abdul Basit Abd. Rahman terbitan Telaga Biru.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 3 Julai 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment