Thursday, May 17, 2012

ZON ULAT BUKU 10 JULAI 2012

Tajuk Buku : PELAJAR BERTANYA PROF. DR. MUHAYA MENJAWAB
Penulis : Prof. Dr. MuhayaPenerbit : PTS Millenia


Salam 1 Malaysia. Edisi 10 Julai 2012 hari ini, Zon Ulat Buku KLfm sebagaimana biasa mengetengahkan dua lagi buku baharu dan menarik untuk membudayakan lagi amalam membaca.

Buku pertama, khusus untuk pelajar, buah tangan daripada seorang doktor yang juga pakar mata, pensyarah dan kini wajahnya sering terpapar di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sebagai penceramah profesional. Buku PELAJAR BERTANYA PROF. DR. MUHAYA MENJAWAB terbitan PTS Millenia ini tampil menyingkap betapa dahsyatnya cabaran menjadi seorang pelajar. 55 soalan yang sering merunsingkan hidup pelajar ditangani sebaiknya menerusi buku ini. Bukan sahaja aspek pelajaran, kekeluargaan, percintaan tetapi juga kehidupan bermasyarakat.

Turut diselitkan, kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan sebagai seorang pelajar mahupun siswa yang cekal dan berwawasan. Selebihnya, menerusi buku PELAJAR BERTANYA PROF. DR. MUHAYA MENJAWAB terbitan PTS Millenia.

Tajuk Buku : PERANGKAP AJAL
Penulis : Zaer Rihaz
Penerbit :Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf


Buku kedua, sebuah novel aksi karya Zaer Rihaz, PERANGKAP AJAL terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

J-Works merupakan ketua penjenayah paling dikehendaki polis. Malangnya pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek, bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat muka ketua mereka. Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas untuk menangani kes ini terus optomis. Berjayakah J-Works ditumpaskan atau hanya bayang berjaya diperangkap? Kesudahan cerita, hanya menerusi novel aksi karya Zaer Rihaz, PERANGKAP AJAL terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
 
Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 10 Julai  2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment