Thursday, May 17, 2012

ZON ULAT BUKU 17 JULAI 2012

Tajuk Buku : ISTIKHARAH CINTA
Penulis : Ummu Anas
Penerbit : PTS Millenia


Salam 1 Malaysia. Dua buku baharu ditampilkan lagi untuk Zon Ulat Buku edisi kali ini. Buku pertama, khusus bagi mereka yang sekian lama mencari cinta namun sering sahaja menghadapi dilema dalam membuat keputusan. 

ISTIKHARAH CINTA tulisan Ummu Anas terbitan PTS Millenia bakal membuka dimensi baharu buat anda. Buku ini mengupas cara bagaimana untuk mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam, kisah pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota Basrah serta bagaimana untuk berjaya dalam cinta.

Selebihnya menerusi buku ISTIKHARAH CINTA tulisan Ummu Anas terbitan PTS Millenia ini.






Tajuk Buku : INGIN BERKASIH LAGI
Penulis : Damya Hanna
Penerbit : Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf



Buku kedua, sebuah novel puitis karya Damya Hanna, INGIN BERKASIH LAGI terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. 

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip hidup Isyatul. Baginya, bukan mudah menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki terutamanya Amrin. Namun takdir membuka hati Isyatul seluasnya untuk Amrin. Hari dinanti untuk Amrin melamar gadis yang amat dicintainya. Namun rombongan merisik pulang dengan hampa. Isyatul kecewa dan Amrin pula merana bertahun lama. Apakah rahsia yang cuba disembunyikan ayahnya hingga terbuang cintanya  buat Amrin di tengah jalan.

Kehadiran Najwan cuba mencuit jiwanya, namun trauma lama masih belum terungkai. Dia takut cintanya kecundang lagi. Apakah rahsia ayahnya yang tersimpan lama terus menghantui Isyatul hingga jodoh terus menjauh? Ketahui kesudahannya menerusi novel karya Damya Hanna, INGIN BERKASIH LAGI terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 17 Julai  2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment