Thursday, May 17, 2012

ZON ULAT BUKU 24 JULAI 2012

Tajuk Buku : 101 RAHSIA PENGUAT NURANI
Penulis : Dr HM Tuah Iskandar
Penerbit : Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Salam Ramadan untuk Muslimin dan Muslimat. Moga ramadhan kali ini lebih berkat dengan pengisian berguna,termasuklah aktiviti membaca. Dua buah buku  diangkat untuk edisi Zon Ulat Buku KLfm hari ini.

Buku pertama,membantu kita untuk meniti hari-hari yang dilalui dengan minda dan hati yang bersih. 101 RAHSIA PENGUAT NURANI oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj terbitan Karya Bestari-Grup Buku Karangkraf.

Buku ini umpama peniup semangat bagi anda bagaimana untuk mencari resipi penguat jiwa dan mencari kebahagiaan dalam kehidupan. Antara yang menarik, memudakan otak setelah berusia, jariah fikiran sesama wanita, cintaku cintamu jua, membina tuah sepanjang usia sepanjang usia dan banyak lagi. 

Ketahuinya menerusi 101 RAHSIA PENGUAT NURANI oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj terbitan Karya Bestari-Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : KELEBIHAN SELAWAT
Penulis : Maulana Muhammad Zakaria
Penerbit : Inteam Publishing


Buku kedua tambah mengujakan. KELEBIHAN SELAWAT oleh Maulana Muhammas Zakariya terbitan Inteam Publishing tampil dengan saiz kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. Menjadi peneman terbaik khususnya dalam bulan penuh kemuliaan ini. Mengandungi penceritaan dan hujah-hujah dari al-quran dan hadis berkaitan kelebihan-kelebihan berselawat. 

Uniknya buku ini turut disertakan bonus cakera padat Nur Selawat. Basahi bibir dan jiwa dengan selawat menerusi buku KELEBIHAN  SELAWAT oleh Maulana Muhammas Zakariya terbitan Inteam Publishing.
 
Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 24 Julai  2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment