Friday, May 11, 2012

Zon Ulat Buku 22 Mei 2012

Tajuk Buku : JANGAN GANGGU LENAKU
Penulis : Hiza Najwa
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku KLfm minggu ini bakal terus membawakan dua lagi buku baharu buat bacaan si ulat buku. Buku pertama minggu ini, sebuah novel buah tangan Haiza Najwa bertajuk JANGAN GANGGU LENAKU terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. 

Mengisahkan dilema dalam menjelmakan erti sebuah kekosongan dan kesepian sekeping ahti bernama Atira. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi bibit-bibit kemesraan bagaikan jauh sekali.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putus-putus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?  Sekadar mimpi atau benar ia realiti?

Ketahui selebihnya menerusi novel puitis Haiza Najwa, JANGAN GANGGU LENAKU terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.


Tajuk Buku : AWASI ANAK BERINTERNET
Penerbit : PTS Netmedia



Teknologi berkembang terlalu pantas, selari dengan kemodenan dunia tanpa sempadan. Segalanya di hujung jari. Begitu jugalah perkembangan minda kanak-kanak masa kini, bahkan ada yang lebih mahir berbanding ibu bapa.


Realiti ini tidak dapat disangkal lagi dan ibu bapa juga terpaksa berlari mengikut arus demi masa depan anak-anak. Bagaimanapun, palitan kerunsingan ibu bapa ada sebabnya dan menerusi buku kedua, AWASI ANAK BERINTERNET terbitan PTS Net Media Sdn. Bhd mampu meredakan sedikit paras kerisauan itu. Buku ini memberi dimensi kepada ibu bapa untuk membuat pengawasan secara maya. 

Buku ini bakal memberikan maklumat bagaimana untuk mewujudkan aplikasi pengawasan sekaligus memberikan batasan tertentu untuk mengakses internet. Beberapa aplikasi yang diwujudkan ternyata berkesan dan ibu bapa hanya perlu memilih aplikasi yang mana sekaligus menghalang anak-anak melayari laman web porno, perjudian dan sebagainya.


Buku AWASI ANAK BERINTERNET terbitan PTS Net Media Sdn. Bhd. ini pasti berbaloi.


Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 22 Mei 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment