Penulis : Isya Azwa Idris
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf
Salam 1 Malaysia. Seperti mana biasa, dua buku baharu diketengahkan. Buku pertama, sebuah novel bertajuk SESUCI CINTA karya Isya Azwa Idris terbitan Telaga Biru. Mengisahkan Siti Nur Murni, anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama
bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai
pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang
kebaratan.Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan
Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada
landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan.Murni berusaha untuk
melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia.
Kehadiran Julia yang wajahnya mirip Murni menimbulkan fitnah pula;
kononnya Murni hidup dalam kepurapuraan. Pelbagai kata kesat dilemparkan
oleh abangnya, Azman atas salah faham itu. Dugaan berat itu amat
menguji kesabaran dan keimanan. Namun di sebalik usaha Murni untuk
menunaikan amanah arwah bapanya, dia sebenarnya sedang bergelut dengan
penderitaan dalam dirinya sendiri. Ada rahsia yang disembunyikannya.
Mampukah Murni meneruskan perjuangan tersebut? Siapakah gadis misteri
bernama Julia yang dikatakan amat mirip dengan wajahnya itu? Mampukah
Julia membantu Murni dalam usaha membawa nur dan hidayah dalam keluarga
korporat tersebut? Segala-galanya akan terungkai dan dikupas dalam novel
“Sesuci Murni” ini, sebuah novel yang sarat dengan konflik, persoalan,
dan ideologi yang dapat mengajak pembaca berfikir tentang makna
kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Apakah kesudahannya? Ketahui menerusi novel SESUCI MURNI oleh Isya Azwa Idris terbitan Telaga Biru.
Penulis :Ustaz Zulkifli Mat Arof
Penerbit : Inteam Publishing
Buku kedua menampilkan panduan lengkap imam, bilal dan solat berjemaah tulisan Ustaz Zulkifli Mat Arof dan diselia oleh Ustaz Dato Hassan Mahmud Al Hafiz terbitan Inteam Publishing bertajuk IMAM MUDA.
Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan dan panduan para imam, bakal imam dan pelajar. Ia mengandungi panduan solat berjemaah muafiq dan masbuq, azan dan iqamat, solat ketika peperangan, sujud sahwi serta panduan menguruskan jenazah dan banyak lagi yang pastinya berguna kepada semua.
Tampil denganpersembahan ringkas tetapi padat, selain gambar-gambar menarik. Pelajari dan ketahui selebihnya menerusi buku IMAM MUDA, oleh Ustaz Zulkifli Mat Arof terbitan Inteam Publishing ini.
Telefon 03-2282 5445 dan
jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan
berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 29 Mei 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment