Thursday, May 3, 2012

Zon Ulat Buku 15 Mei 2012

Tajuk Buku : DEMIMU NAZWA
Penulis : Kamsiah Abu
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf






Bagi pencinta novel, buku pertama yang diketengahkan minggu ini pasti menjadi pilihan. DEMIMU NAZWA oleh Kamsiah Abu terbitan Buku Prima. Cinta pandang pertama ketika usia muda menjadikan Nazwa menerima lamaran Ahmad Saifulrizwan walaupun mereka masih lagi menuntut di luar negara. Bagi Nazwa, cinta suami cukup membuatkan dia bahagia sehinggalah peristiwa malang yang tidak disengajakannya telah merentap rasa cinta itu dari hati Ahmad Saifulrizwan.

Dengan hati yang lara, Nazwa membawa diri pulang ke tanah air. Di dalam kekecewaan, pintu hati Nazwa diketuk oleh cinta Edham, lelaki yang begitu ikhlas dan jujur menerima keadaan Nazwa seadanya.

Empat tahun kemudian, Nazwa dan Ahmad Saifulrizwan dipertemukan kembali. Hati masing-masing membara dengan rasa dendam kesumat, bagaikan hanya menunggu saat untuk dilunasi. Dapatkah Nazwa lepas dari ikatan yang tidak bertali itu dan berjayakah Edham membina bahagia bersama Nazwa? Apakah kesudahannya? Ketahui menerusi DEMIMU NAZWA oleh Kamsiah Abu terbitan Buku Prima.

Tajuk Buku : MANISNYA KURMA INI
Penulis : Dr Fauziah Mohd Noor
Penerbit : Inteam Publishing


Mimpi tidak selalu indah, hidup tidak selalu payah. Buku kedua pasti lebih mengujakan anda. MANISNYA KURMA INI oleh Dr Fauziah Mohd Noor terbitan Inteam Publishing membuka mata hati dan jiwa anda tentang erti perhubungan suami isteri. Betapa besarnya sebuah pengorbanan demi mencari sebuah kebahagiaan.Ada yang bahagia hingga ke hujung nyawa, namun tidak kurang juga ramai yang rebah di pertengahan perjuangan mencari kebahagiaan.

Antara kisah menarik, pulut durian dan elaun keraian, tiga kalimah ajaib, apabila sabar menjadi dosa dan banyak lagi yang bakal membawa pengajaran dan sempadan untuk menudian hari.

Selebihnya menerusi buku MANISNYA KURMA INI oleh Dr Fauziah Mohd Noor terbitan Inteam Publishing.
 
Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 15 Mei 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment