Penulis : Dyza Ainun
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf

Salam 1 Malaysia. Berakhir sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, namun tiga buah buku diketengahkan minggu ini bagi menghangatkan lagi semangat membaca anda. Buku pertama, sebuah novel bertajuk SAAT MATA BERBICARA karya Dyza Ainun terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf.
Mengisahkan Jija, yang bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?
Ketahui kesudahannya menerusi novel SAAT MATA BERBICARA karya Dyza Ainun terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf.
Ketahui kesudahannya menerusi novel SAAT MATA BERBICARA karya Dyza Ainun terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf.
Tajuk Buku : RAHSIA JUTAWAN ISLAM ABDUL RAHMAN BIN AUF
Penulis : Aizuddinur Zakaria
Penerbit : PTS Pro

Buku kedua - RAHSIA JUTAWAN ISLAM ABDUL RAHMAN BIN AUF terbitan PTS Profesional. Buku ini membawa kita mendekati jutawan islam yang cukup berjaya. Abdul Rahman pernah ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya han hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan perniagaan dan memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah dalam tempoh 10 tahun dengan nilai kekayaan mencecah 107 juta!
Meskipun berjaya dalam bidang perniagaan, beliau merupakan seorang dermawan terkenal. Untuk Perang Tabuk, beliau menderma lebih daripada 200 dinar, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta. Kekayaannya tidak berkurangan malah Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.
Ketahui resipi disebalik kejayaan beliau menerusi RAHSIA JUTAWAN ISLAM ABDUL RAHMAN BIN AUF terbitan PTS Profesional tulisan Aizuddinur Zakaria.
Tajuk Buku : BIAR KUSENTUH HATIMU
Penulis : Emy Raziela
Penerbit : Alaf 21
Buku terakhir, sebuah novel karya Emy Raziela terbitan Alaf 21, BIAR KUSENTUH HATIMU. Mengisahkan gelora percintaan Diana Adilla dan Amir Fairdaus. Kehilangan menjadikan Amir bagaikan hilang arah. Bagaikan redha dengan sebuah perpisahan, Amir tega menyerahkan cinta kepada yang sudi.
Dalam ketidakpastian, Adilla masih mengharap cintanya. Ditinggalkan Amir menjadikannya penunggu cinta. Namun, dia tidak pasrah melepaskan cintanya pada Amir terus hilang. Apakah kedudahannya? Mampukah cinta kembali bertaut atau sebaliknya? Ketahui kesudahannya menerusi novel BIAR KUSENTUH HATIMU karya Emy Raziela terbitan Alaf 21.
Meskipun berjaya dalam bidang perniagaan, beliau merupakan seorang dermawan terkenal. Untuk Perang Tabuk, beliau menderma lebih daripada 200 dinar, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta. Kekayaannya tidak berkurangan malah Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.
Ketahui resipi disebalik kejayaan beliau menerusi RAHSIA JUTAWAN ISLAM ABDUL RAHMAN BIN AUF terbitan PTS Profesional tulisan Aizuddinur Zakaria.
Tajuk Buku : BIAR KUSENTUH HATIMU
Penulis : Emy Raziela
Penerbit : Alaf 21

Dalam ketidakpastian, Adilla masih mengharap cintanya. Ditinggalkan Amir menjadikannya penunggu cinta. Namun, dia tidak pasrah melepaskan cintanya pada Amir terus hilang. Apakah kedudahannya? Mampukah cinta kembali bertaut atau sebaliknya? Ketahui kesudahannya menerusi novel BIAR KUSENTUH HATIMU karya Emy Raziela terbitan Alaf 21.
Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 8 Mei 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment