Wednesday, May 16, 2012

Zon Ulat Buku 19 Jun 2012

Tajuk Buku : PENGANTIN AL-QURAN
Penulis : M. Quraish Shihab
Penerbit : PTS Darul Furqan

Salam 1 Malaysia. Buku pertama minggu ini khusus untuk bakal raja sehari. PENGANTIN AL-QURAN oleh M. Quraish Shihab terbitan PTS Darul Furqan ini sarat dengan nasihat dan panduan hidup berkeluarga yang dikupas berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Cukup sesuai untuk dijadikan pedoman bagi meraih sakinah dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Antara yang menarik, cinta dan kehidupan, tali temali pengikat perkahwinan, memantapkan ikatan perkahwinan dan 10 wasiat untuk anak-anakku. Ketahui lagi menerusi buku PENGANTIN AL-QURAN oleh  M. Quraish Shihab terbitan PTS Darul Furqan.






Tajuk Buku : DI HUJUNG RANTING 2
Penulis : Indah Hairani
Penerbit : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua, sebuah novel terbitan Indah Hairani, DI HUJUNG RANTING 2 terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan peritnya hidup seorang bernama Mawardah. Kerana luka dia sanggup meredah samudera bersama anak kecilnya. Setiap kali Amar Hakimi menangis, dia akan sama menangis. Tiada sesiapa pun tahu di mana dia berada kini.Janjinya pada diri, dia tidak akan emnerima lelaki dari keturunan Datin Fatimah. Dia tidak cukup mulia untuk mejadi sebahagian daripada keluar orang kaya itu. Andai bisa diundur waktu, dia tidak ingin pun berkenalan dengan Amar juga Hakim. Fitnah terhadapnya terlalu berat. Natijahnya, Hakim melepaskannya tanpa penjelasan. Kini Amar kembali melamar cintanya. Apakah kesudahan kisah Mawardah? Semuanya menerusi DI HUJUNG RANTING 2  terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.
Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 19 Jun 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment