Penulis : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf
Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku KLfm, khusus untuk kaki buku yang terus menemani anda tengah hari ini. Buah tangan kesembilan penulis, Aleeya Aneesa - TERUS CINTAI AKU terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Kalaulah tahu sakitnya jatuh cinta, Zalis lebih rela jatuh lubang. Kalau tahu betapa deritanya merindu, dia jauh lebih rela membenci. Janji bagaikan tinggal bayang-bayang sahaja. Ketika Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Setia bagaikan tidak kena pada tempatnya. Kecewa cintanya tak berbalas, Zalis menjauh pergi. Namun makin jauh berlari, makin laju Khilfie mengejarnya sedangkan Jaznita sudah ada di depan mata.
Apakah kesudahan kisah hati Zalis? Mampukah terpaut pada Khilfie, atau hanya menyerahkan cinta seadanya? Ketahui pengakhiran cerita menerusi novel puitis TERUS CINTAI AKU karya Aleeya Aneesa terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.
Tajuk Buku : SUPER SAFEE
Penulis : Froggy Papa
Penerbit : PTS Pop
Buku kedua, khusus untuk peminat jutawan bolasepak tanahair, Safee Salee. Buat pertama kalinya kehidupan pemain bola sepak negara diabadikan dalam bentuk komik, SUPER SAFEE oleh FroggyPapa terbitan PTS Pop.
Pelbagai kisah lucu, drama, seram dan pelbagai lagi diangkat menerusi edisi sulung ini. Semuanya merupakan kisah sebenar di sebalik kejayaan besar personaliti ini hingga terus melakar nama di peringkat antarabangsa.
Semuanya menerusi komik SUPER SAFEE oleh FroggyPapa terbitan PTS Pop.
Telefon 03-2282 5445 dan
jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan
berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua
buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
No comments:
Post a Comment