Monday, October 3, 2011

Ulat Buku 4 Oktober 2011

JUDUL: MENANGANI ANAK BIADAB
PENULIS: Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah bersama Noor Aishah Husain
PENERBIT: Telaga Biru


Salam 1 Malaysia. Kembali bersua dalam ruangan khusus untuk ulat buku dan pencinta ilmu. Justeru, ruangan ini yang dulunya Prebiu Buku KLfm kini dikenali sebagai Zon Ulat Buku.

Dua buah buku baharu diketengahkan lagi minggu ini. Kedua-duanya tampil dengan saiz comel namun tebal pengisian. Buku pertama, khusus buat ibu bapa yang berdepan cabaran mendepani keterlanjuran sikap anak-anak yang di luar acuan sebagaimana diharapkan. MENANGANI ANAK BIADAB, buah tangan Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah bersama Noor Aishah Husain terbitan Telaga Biru.

Saiz kompak dan mudah dibawa, buku ini menumpukan kepada dua perkara pokok iaitu punca dan cara menangani anak biadab.

Ketahui perkongsian menarik daripada motivator tersohor negara, Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Ketahui 21 punca anak menjadi biadab. Antaranya doa ibu bapa, hati ibu bapa kotor, kamu adalah apa yang kamu makan dan banyak lagi.

Juga ketahui 21 cara menangani anak biadab antaranya ibu bapa jaga solat, betulkan doa ibu bapa, tarik hidayah Allah dan banyak lagi. Selebihnya menerusi buku MENANGANI ANAK BIADAB, buah tangan Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah bersama Noor Aishah Husain terbitan Telaga Biru.

JUDUL: PASPORT MUSAFIR
PENULIS: Muhd Zuhdi Ahmad Khasasi
PENERBIT: PTS Islamika


Buku kedua, khusus buat pengembara dan anda yang suka melancong. Buku bertajuk PASPORT MUSAFIR oleh Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi terbitan PTS Islamika seharusnya anda miliki. Lengkap dengan ilmu fikah dan panduan ibadah dalam perjalanan. Antara yang menarik diketengahkan dalam buku ini termasuklah, amalan musafir, solat musafir, bagaimana menunaikan solat dalam kenderaan dan ketahui mengenai sapu khuf.

Tidak ketinggalan, senara hotel halal seluruh Malaysia, kedutaan Malaysia di seluruh dunia dan direktori penting sebagai panduan. Semuanya di dalam buku PASPORT MUSAFIR oleh Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi terbitan PTS Islamika.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 4 Oktober 2011 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment